Khamis, 24 April 2014

Cacatan Buat Yang Tersayang

Assalamualaikum..abang.

Abang,,
cacatan ni ira tulis pada  23.4.2014 lagi enam hari lagi kita akan menyambut ulang tahun perkahwinan kita yangke lapan, sekejap saja kan abang. Iera rasakan seperti baru je semalam abang melafazkan nikah menerima iera sebagai suri hidup abang,terima kasih abang, kerana menerima diri ini seikhlasnya dan sejujurnya disaat abang melafazkan kata-kata hikmat itu dengan sepenuh hatinya iera menerima abang dalam hidup iera, dan disaat itu juga iera talah berjanji dengan diri iera yang abanglah lelaki yang akan iera sayangi dan cintai sepenuh hati iera.
Abang dalam tempoh lapan tahun iera menjadi isteri abang, pelbagai kisah suka duka kita lalui , dan percayalah abang segalanya iera simpan dan tempuhi, iera tahu iera bukannya isteri yang sempurna, iera bukannya seperti siti khadijah yang kuat menempuhi segala dugaan yang datang,kekadang ira juga lalai fan gagal, tapi dengan adanya abang disisi ira, menjadi imam ira, penunjuk arah bagi ira, alhamdulillah rumahtangga kita kekal hingga ke hari ini,
Abg..
Terima kasih kerana sudi menjadikan ira suri dalam hati abang, menjadikan ira seorang insan yang disayangi dan terima kasih kerana sentiasa ada disisi ira...
Abang lah imam ira hingga akhir hayat ira.. terima kasih abang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan