Isnin, 21 April 2014

Kisah Hari ini

Assalam semuanya. hari ni hari ini minggu ke 4 dalam bulan April lagi beberapa hari je lagi ulang tahun perkahwinan aku yang ke 8 tahun.. kejap je kan dah lapan tahun dah usia perkahwinan aku dengan en. suami.. alhamdulillah
walaupun pelbagai rintangan dan halangan alhamdulillah semuanya ku tempuhi dengan sabar...
29 April 2006 lepas asar adalah waktunya aku menjadi isteri kepada insan yang bernama Nor Azli bin Abdul Hamid, dan pada masa itu juga aku menerimanya dengan sepenuh dan setulus hati, terima kasih sayang kerana menerima dan menjaga diri ini ..dan menjadikan diri ini seorang isteri yang amat disayangi..
Aku sentiasa berdoa agar rumahtangga kami ini bahagia hingga ke akhir hayat, Ya allah aku pohon kurniakan zuriat yang soleh, comel dan sempurna sebagai penyeri rumah tangga kami, seri kan lah rumahtangga kami dengan keriuhan suara dari anak2 kecil yang memanggil kami ummi dan babah... ya allah sesungguhnya kami amat merindui untuk dipanggil dengan panggilan itu.. berikan lah peluang kepada kami ya allah..
Kekadang rasa cemburu juga kepada kengkawan yang hamil dan akhirnya bersalin, bilakah peluang itu akan hadir kepada aku, dan kekadang ingin juga dibelai dan merasai nikmatnya melalui proses awal kehamilan.... adakah peluang itu untuk ku lagi ya alah...
Ya Allah engkaulah yang maha besar, yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui, Ya Allah kabulkan hayat kami .. ingin mempuyai cahayamata... berilah peluang kepada kami Ya Allah...
Semoga Ulang tahun Perkahwinan kali ini memberikan berita yang terindah buat kami berdua.. Doakan kami Ya kawan2 .. Selamat Ulang Tahun Bie, terima Kasih kerana Menerima diri ini sepenuhnya, menyanyagi diri ini seikhlasnya dan mencintai diri ini .. Iera Sayang Bie.. So Much... I LOVE U BIE

Your Wife
Aznira Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan