Jumaat, 10 Februari 2012

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor

Assalamualaikum,
5.2.2012 aku telah dapat ikut serta majlis perarakan maulidur rasul peringkat negeri selangor yang bermula di Stadium Mini Shah Alam hingga ke Stadium Melawati Shah Alam..
Fuhh Jauh juga berjalan...
Kisah bermula di awal pukul 5.30 pagi... aku bangun pagi 5.30 pagi tu perhhh awal betul aku bangun di waktu2 cuti .. hehehehehe. kemudian after solat subuh aku bergerak ke Jabatan Pelajaran Selangor sebab nak berkumpul di Jabatan , dari jabatan kami naik bas yang disediakan so tak de lah bersesak-sesak dan bersusah payah nak cari tempat parking kan, dari jabatan kami bergerak ke Stadium mini Shah Alam kat seksyen 13, pada yang tak tahu Stadium Mini tu, ala dia betul2 sebelah stadium besar (stadium kerang istilah bagi stadium shah alam)... sampai kat sana , perhhh ramainye ...
Kami diberi sarapan pagi oleh penganjur .. menunya ialah Roti dan sebiji kuih karipap dan airmineral.. alhamdulillah dapat lah lapik perut..jam 7.30 pagi kot lebih kurang kami memulakan perarakan then masa tu macam2 kisah bermula.. almaklumlah kan perempuan so jalannye sopan santun hehehehehehe...bila dah sopan santun mestilah lambatkan almaklumlah ada yang pakai kasut 2inci (macam akulah) hahahahaa... kontrol ayu lah konon2 nya kikikikikiki... ada yang tertanggal kasut lah... macam2 lah lagi... apa yang dipratikkan masa latihan tak digunakan pun hehehehehehehe... dah lupa dah semuanya...
apa pun Kontijen Jabatan Pelajaran Selangor memang best hehehehehehee... inilah sebahagian coretan kisah sambutan maulidur rasul 2012







Rabu, 8 Februari 2012

Kisah Aku

Tahun ni Usia Perkahwinan ku mencecah ke angka 7, Ya Allah dalam 7 tahun usia perkahwinan ini kami masih menanti akan kehadiran seorang insan yang bergelar CAHAYA MATA, bilakah ianya akan hadir, bilakah ianya akan menyerikan dan memeriahkan rumahtangga kami ini, Hari demi hari detik demi detik aku menanti akan kehadirannya saban bulan aku menanti dengan debar dan pengharapan.. tapi... urmm Ya Allah hambamu ini redha dengan ketentuan mu, tetapi adakalanya hati naluri ku ini tersentuh dengan tangisan seorang bayi, ingin rasanya aku memiliki, hati ini kekadang tersentuh dengan apa yang berlaku pada mereka , yang dibuang merata, dicampak seolah-olah tiada makna dan umpama sampah yang dibuang ikut suka saja,
Kenapa ,,, ye... bukan aku yang memiliki insan kecil tu, Ya Allah, Kabulkan Doa Hambamu ini juga mereka yang senasib dengan ku
Semoga tahun 2012 ini memberi kan seribu keindahan dalam kehidupan kami suami isteri..
AMIN