Selasa, 14 Februari 2017

KAU TERCIPTA UNTUKKU

Biliknya dah pun berhias indah, wangi, dan amat cantik sekali, macam bilik puteri raja pulak, semuanya atas daya usaha adiknya yang beria-ia  nak menghias biliknya ini, dia membiarkan sahaja, di dapur terdengar suara acik, maklang, mak teh, maklong tengahberborak sambil menyiapkan bahan-bahan untuk majlis esok, mak andak tengah asyik memakai inai dijari ku, begitu juga maksu, aku dah naik rimas sebenarnya, ialah, aku manalah minat dengan semua ini,kalau ikutkan aku aku langsung tak nak bersanding, ni semua idea maksu dan acik lah ni, mereka kata apasalahnya bersanding, inikan majlis pertama anak buah bersanding, apa mereka ingat aku cucu sulung aku kena buat semuanya,ada-ada ajelah makcik-makcik aku ni, ayah dengan ibu ikut saja cadangan adik dan adik ipar mereka ni, ishhhh rimas betul aku, terbaring macam ni, semua serba tak kena.. aku memandang dengan penuh belas kasihan pada nenek, tapi nenek pun buat –buat tak tahu aje akan keadaan cucunya yang sorang ni, ermm tension betul aku dibuatnya.

“Nyamuklah, aku cuba menepis

“Kak long ni ish habislah inai tu nanti cuba diam-diam”maksu memarahi ku

“Nak diam mendenya, cuba maksu tengok ni, nyamuk lar, dah bintat-bintat dah badan along ni”aku memberitahu maksu

“relekslah kak long, hari ni kak long tak payah buat apa, cakap aje mana gatal mana sakit , kakak tolong”adik sepupu ku yang paling rapat dengan ku menawarkan perkhidmatan.

“Nak tolong konon, piiirahh, kejap lagi bila ijan , nurul panggil hilanglah kakak”jawabku

“Taklah, long hari ni kakak sedia berkhidmat untuk along, bila lagi nak tolong, esok lusa dah tak boleh lagi, nak tidur  dengan along pun dah tak boleh”

“Sapa kata dah tak boleh tidur dengan along “kata ku

“Kau ni kenapa long, kalau kakak tidur dengan kau mana kau nak campak si zamri kau tu”Maksu berkata

“Campak je kat mana-mana”Jawab ku pantas

“Eleh campak mana-mana erk mak andak , entah-entah langsung tak boleh renggang”maksu bersuara

“Kau jangan long, Rayyan tu laki kau sesedap rasa je kau nak campak, mak  andak takut kau yang kena campak,malam esok, kena campak atas katil lah”mak andak berkata disambut dengan gelak besar maksu

“Tak ada maknanya kena campak “kataku pantas

“Kita tengok erk andak dia kena campak ke tak malam nanti”maksu terus menyakat ku

Apalagi riuh rendah jadinya bilik aku

“Oii ni apa cerita, gelak sampai dapur “mak itam tiba-tiba memecah kebisingan

“Tak de kak kina, saja menyakat along ni,”maksu bersuara

“Long kau dah beli baju baru ke”mak itam bertanya

“baju?baju apa mak itam,”tanyaku ingin kepastian, bukan apa mak itam ni kekadang otak dia tak boleh pakai juga, sampai masa gila-gilanya masak lah aku kena sakat

“Laa, baju malam pertama la, meh sini mak tam tengok sesuai ke tidak”

Aku dah agak dah, dah lah, buat apa nak tunjuk kat mak itam, itu orang punya suprise lah”jawabku

“Mak tam , along beli warna hitam dengan warna merah”adik sepupu ku menyambuk

“Kakak ni kan” marah ku

“Kakak pergi ke” mak itam bertanya belum puas

“Iye lah, cantikkkkk””

“Mak andak malam esok comfirm lah orang tu kena campak”maksu masih giat mengusik ku

“Ni apa cerita campak-campak ni”Acik pulak datang

Allah, makin teruk lah aku kena ni, ialah, kalau acik dah masuk je memang bilik ni akan jadi pasar borong lah, nasib baiklah bilik ni besar, kalau tak boleh mati kelemasan aku dibuatnya.

“Tak de apa lah”kataku

“cik dah siap ke kerja kat luar”maksu berta nya

“dah, kalau tunggu korang memang tak siap” pantas acik bersuara

“ek eleh”Maksu bersuara

“Angah dengan abang ngah mana”Mak andak bertanya

“AKu dah suruh tidur, kalau tak selagi tu dorang tu kedepan kebelakang, esok dah nak jadi mak ngan bapak pengantin biar dorang rehat”maklong bersuara dicelah mak itam dengan acik

“Oiii korang tinggal kan aku sorang-sorang kat dapur ya, kurang asam betul”terdengar suara alang

“Jom kedapur karang bising alang” mak itam mengajak, kroni-kroni yang dari dapur  balik kedapur semula

Sedang asyik aku berinai terdengar lagu untukmu sayang dan aku tahu siapa,

“kakak ambil telefon along dalam handbag” arah ku

“Assalamualaikum, buat apa tu sayang”

“Waalaikumussalam,tengah digodek-godek oleh maksu dan mak andak”jawab ku

“ish along ni cuba cakap elok-elok sikit, kan tu suami kamu”mak su memarahi ku

“Macam mana nak romatik, ramai ada kat dalam ni”jawab ku

“by buat apa”tanyaku

“Tengah rehat dalam bilik”jawabnya

“oooo, by nanti erk orang telefon balik, tengah pakai inai ni, maksu ngan mak andak nak merahkan lagi inai ni, telefon ni pun kakak pegang kan”aku memberitahu suami ku

“ok sayang, tunggu by malam esok erk, muaaah miss u sayang nite”satu kucupan mesra ku terima dari suami ku

Sebenarnya petang tadi aku dah pun secara rasmi menjadi isteri kepada sesorang insan  yang bernama Rayyan Zahim, dengan sekali lafaz saja aku sah menjadi isterinya.  Perkenalan yang terjalin sejak kecil akhirnya kami disatukan, rata-rata kawan-kawan semua mengucapkan tahniah, kerana  perkenalan sejak sekolah rendah akhirnya kami tamatkan dengan ikatan perkahwinan. Maksu along ngantuk lah, dah lah tu”aku meminta belas ihsan.

“ Dah kot andak, kesian pulak usu tengok muka seposen dia tu”

“ni sapa nak tidur dengan along ni” tanya ku

“kakak lah,”jawab adik sepupu ku

Aku ingat lagi tadi, dia menangis beria bila selesai saja majlis akad nikah, dipeluknya aku seerat-eratnya, semua yang ada aku tengok mengalir airmata, terutama keluarga ku kerana mereka tahu betapa rapatnya aku dengan adik sepupu ku yang satu ni. Dari kecik aku menjaganya, dan kemana saja aku pergi dia mesti ada, kekadang bila aku outstation tiap-tiap hari dia telefon, tanya bila aku balik,  kira dah mcam anak aku lah kiranya, tadi aku terdengar salah seorang keluarga belah suami bertanya kepada ibu ku kenapa? Setelah dijelaskan, baru mere ka tahu, puas juga aku pujuk adik sepupu ku tadi. Masa selepas majlis batal air sembahyang, macam-macam dia pesan pada suami ku, Rayyan senyum aje, antara amanatnye,jangan main-mainkan alon g kita, jangan sakitkan hati along kita tau, banyak lagi amanatnya, mengalahkan amanat ibu aku  pulak.

“ia, abanglong tahu dan janji”

Itulah dia adik sepupuku Ayuni Alishah Farhana, baru berusia 11 tahun.

“Kakak along sayang kakak” kata ku dalam hati



2.  Pagi ni sungguh indah sekali, angin dingin meresap kedalam tubuhku, ianya begitu menyamankan dan menenangkan debaran perasaan ku waktu dan ketika ini,aku pantas kebilik air yang ada didalam bilik ku, pantas kucuci jemari-jemari ku yang berinai malam tadi. Pantas ku ambil wuduk, selesai solat aku pantas mengejutkan adik sepupuku,

“kakak bangun sayang, solat”kejutku pelahan

Dengan malas dia mengeliat, kakak bangun sayang kejut lagi

KAKAK, suara ku dah sedikit keras

“ok,,,”pantas adik sepupu ku bangkit

Aku terus kedapur melihat apa yang patut, ialah aku rasakan makcik-makcik aku ni cam tak tidur je, ialah pagi-pagi lagi dah bangun , lepas tu pulak malam tadi tidur lewat.

“selamat pagi”sapaku

“pagi, awal bangun, kakak dah bangun long”maksu bertanyakan anak daranya

“dah tengah solat”jawabku

“ibu mana tanyaku

“tu kat luar dengan ayah, ntah apa lagi lah agaknya tu”maklang memberitahu

Aku menghampiri kedua ibubapaku

“Acik, ibu ngan ayah suruh kau masak air, pastu buat air, untuk orang minum pagi”

Aku pantas kebilik kerana pagi ni ada majlis khatam AL-quran, aku dengan kakak akan khatam alquran, itulah impian ibu dan ayah, dia nak sangat aku buat majlis khatam alquran masa majlis persandinganku. Alhamdulillah tercapai juga impian mereka. Pukul 8.30 ahli-ahli marhaban ibu sudah pun memenuhi ruang tamu rumah ku, ustazah yang mengajarku masa sekolah dulu pun ada sekali. Kata ibu ustazah lah yang akan mengkhatamkan aku. 


3. 

Rayyan, baru saja bangun pagi, diruang tamu bergelimpang saudara maranya.

Hari ni dia akan disandingkan dengan insan yang amat disayanginya, selama berbelas tahun, sejak sekolah rendah dia semai perasaan itu, dan hinggalah semalam, baru dia rasa kejayaannya. Dia menatap kad jemputan ditangannya, macam tak percaya lah pulak, ialah selama ini dia hanya menatap kad jemputan orang lain saja, tapi hari ni namanya tertera di kad sebagai pasangan pengantin

Assalamualaikum
Walimatulurus
Zainal Ariffin bin ZAinal Alrif&
& Zakiah Hanim binti Afandi
Dengan ini kami menjemput Dato’Datin,Tuan Puan En. Cik
Ke Majlis Tambatan Janji Ijab Bersaksi anak Teruna Kami
Rayyan Zahim bin Zainal Ariffin
Dengan Pilihan Hatinya
Puteri Nur Ilyana Izaira Balqis bi nti Mohd Ikram
Di teratak kami
No,11,Lorong Mawar
Kg Sg Halia
Pada 20 Januari 2001
Semoga Kehadiran anda semua akan memeriahkan dan menyerikan majlis kami
Amin Ya Rabbil Alamin
Turut Mengundang Seisi Keluaraga


“oi dah-dahlah tenung kat jemputan tu , dah dapat dah”satu tepukan hinggap dibahuku

“Setan,Terkejut aku dibuatnya, nasib baik aku tak da lemah jantung, kalau tidak kempunan lah aku kau tahu tak”

“Ek eleh kempunan lah pulak. Kempunan apanya ngah, tak larinya kak balqis tu, sabar erk, sat je lagi” Zaifah mengusik abangnya.

“Dah lah dik kau ni mengacau ajelah,angah baru nak berangan-angan

“Nak berangan apa tu”

“Adik meh jap tolong umi” terdengar jeritan umi memanggil

“Angah, dengar tak suara kak Balqis mengaji sedapkan, nanti orang nak suruh dia ajar aorang ngaji lah boleh tak?”

“Baru kau tahu suara dia sedap, angah dari sekolah dah dengar, sebab tu angah sayang ngan kak balqis kau”

‘Adik!!!!!”

Dah lah tu umi panggil tu”

“Ok, jangan tatap lama-lama sangat kad tu nanti terkoyak pulak

Sayup-sayup aku mendengar suara isteri ku mengalunkan ayat al-quran, syahdu ku rasakan

“Sebenarnya rumah aku dengan balqis bukan jauh pun Cuma selang 3 rumah je, tapi rumah kampung  biasalah.Nampak macam jauh.

Tanpa sedar Rayyan mengimbas kembali detik-detik dia mula menganyam cinta dengan  balqis. Sebenarnya percintaanya bermula sejak kecil lagi  sebenarnya. Masa kecil mereka selalu digandingkan dalam apa jua situasi permainan, dan tanpa sedar sebenarnya dia mula menyanyangi insan yang bernama Nur Ilyana Izaira Balqis. Masa dialam kanak-kanak mereka berdua selalu bersama , kawan-kawan selalu mengatakan nak cari Balqis kena cari zahim, dan begitu juga nak cari zahim kena cari Balqis.

“Tak habis lagi menungnya pengantin ni” Maklong suruh pergi mandi, lepas tu siap, memang rumah kita dekat tapi maklong kata bersiap je.
“Angah kau memang save budget lah, ialah hantar kau sanding dengan nikah jalan kaki je, minyak tak keluar langsung” Nizam adik sepupuku mengusik, itu lah untungnye kahwin dengan orang dekat, kau dekat juga tapi kena juga naik kereta.

Nizam, macam mana erk kehidupan lepas berumahtangga.
“ Beza angah, kalau dulu kita Cuma ingat diri kita saja, tapi lepas kahwin kita kena fikir orang lain, perasaan orang lain, kau jangan ikut suka kau saja tahu, nanti kak balqis merajuk baru kau tahu, dulu pun kak balqis merajuk 3 tahun, nasib baik kau dapat pujuk balik, kalau tidak, gigit jari lah kau”

Entahlah nizam, aku memang betul-betul rasa menyesal masa tu, tapi memang jodoh angah dengan kak balqis kau lah,
“Angah sedap erk suara kak balqis mengaji, sebab tu ke kau suka kat dia.

“Salah satu sebabnya itulah”
“OOOO, k lah pergilah mandi, nanti maklong ,membebel pulak, rasanya majlis khatam al-quran dah selesai kot, tak dengar dah lagi suara kak balqis, yang dengar suara  orang karaoke je tu.



“Alhamdulillah, selesai sudah majlis khatam Alquran, selesai bersalam dengan semua tetamu aku bergegas bersiap untuk majlis persandingan, rata-rata memujikan masa aku khatam tadi,yang mampu aku lakukan adalah senyum, ialah takkan nak bangga diri pulak, Alhamdulillah, ini semua dari tunjuk ajara atuk dengan ustazah.

“Sedang aku bersiap, telefon bimbit ku berbunyi,kakak angat kakak

“Assalamualaikum, along ada dia tengah siap, abang long nak apa, “nanti orang suruh along telefon balik. Waalaikumussalam

“Nanti along telefon abanglong balik”Alisyah memberitahu ku

“Aik, apahalnya, ada-ada saja si zahim tu bukannya jauh sangat pun, tak menyempat-nyempat tul mamat sorang ni lah” Izwan kawan sekampung ku juga merangkap pak andam ku.

“jap wan aku telefon dia jap

“Aku pantas mencapai telefon bimbit ku

“assalamualaikum, “

Waalaikumussalam, kenapa by”tanyaku lembut.

“ermm semalam ada orang janji nak telefon balik, tak telefon pun”

“Opps, sorry sayang terlupa, lagipun dah mengantuk sangat, by marah ke?”

“Tak lah, by faham, sayang, miss u so much”

“ialah tu, ok lh by orang nak siap ni,”

“kesian kat wan, nanti tergesa-gesa pulak dia siapkan orang”jelasku

“sayang dah berapa kali by cakap, tak nak guna perkataan orang tu ok, sekarang kita dah sah jadi suami isteri so by nak sayang guna kata ganti nama SAYANG, tak mahu lagi guna perkataan ORANG. Boleh”

“Tak biasalah by, segan aku tersenyum sendirian

“Ok lah, kita slow-slow ok”

“Ok by orang nak siap ni, bye. Assalamualaikum

“nanti-nanti pesan dengan wan,jgn over sgt makeup tu, nanti by tak kenal sayang, semalam pun hampir-hampir by tak kenal sayang, cantik sangat, lagi satu, jgn lebih-lebih dengan wan tu tau sayang, dia tu lelaki juga, sape temankan sayang kat dalam bilik tu”

“ishh apa lah by ni, tak de maknanya, sambil tu aku tetiba-tiba ingin mengusiknya, wan zahim kata ko jgn lebih-lebih dengan aku”aku memberitahu izwan sedangkan zahim tengah online.

“hello, tak kuasa mak nokk, qis ko beritahu kat laki ko tu , bengong ke apa dia tu,bak sini telefon tu kejap, ko pergi bilik air tukar baju , izwan mengarahkan aku dan telefon ditangan ku diambilnya, aku senyum je dengan izwan.

“Hello zahim, ko agak2lah nyah, bini kau dengan aku kawan baik, kau pun kawan aku juga, isshh tak kan dengan mak pun ko cemburu nokk kau ni cemburu melampau, hahahahaa”

Dalam bili air aku dengar perbualan izwan dengan zahim, dan tetiba aku terdengar gelak besar izwan nah kau terkeluar suara jantan kawan ku tu. Aku melangkah keluar dari bilik air, dan izwan dah pun selesai berbual dengan suami ku

Cepat lah qis kau ni nanti lambat nanti ayah kau bising pulak dekat aku.


Ek eleh sempat lagi dia bergayut, kureng asam jawa betullah angah ni tau, mak suruh siap, dia sempat lagi bergayut, kau telefon siapa , bekas kekasih hati kau ke”abanglong bertanya

“apa barang telefon minah senget tu, bini aku leee

“ek eleh, kau ni anggau apa ngah, tak sabar-sabar, kejap lagi kau kepit jelah bini kau tu”

“ialah..”

Dah cepat siap dah pukul 11.30 ni, kau bersanding pukul 12.30 kan,karang mengamuk pulak pak ikram kau datang lambat, bukan kau tak tahu peranggai pak mentua kau tu, sekampung dah tahu angin satu badan dia.

“biasalah long, tapi dia baikkan, “

“ialah siapa lagi nak sokong pak mentua kalau bukan menantu”along mengusik ku.


“cantik lah kau qis, lain betul muka kau, izwan teman sekolah ku merangkap pak andam ku bersuara, “Macam kau tak tahu aku , aku ni mana suka makeup2 ni wan,”

“Tu lah Nampak lain betul muka kau bila makeup, sweet sangat,macam tak percaya pulak aku yang solekkan”

“dah mulalah tu, perasaan bangga diri, riak sume dah ada kat ko sekarang ni kan, ko jangan makeup over sangat wan, nanti laki aku tak kenal aku pulak”aku berseloroh dengan izwan.

“ala mamat tu memang sengetlah, ada ke dia pesan kat aku tadi jangan lebih-lebih dengan kau , benggong tul laki kau tu qis, td pun dia pesan kat aku jangan makeup ko lebih-lebih” izwan memberitahu, tapi memang kau cantik hari ni qis,kalau kau tak caya kau Tanya adik sepupu kau dan kawan aku tu

Look different masa kau khatam tadi.

Sedang aku asyik bersiap, ayah ku menjenguk,

“dah siap ke wan”

“nak siap dah pakcik sikit je lagi, cantik tak balqis pakcik”izwan bertanya pada ayah ku

“Cantiknya anak ayah, Alhamdulillah,”ayah bersuara bangga

Tiba-tiba perasaan sebak ku menular, bergenang airmata dikelopak mataku,

“along memang cantik kan, satu-satu je anak ayah”ayah ku bersuara dan terdengar getaran sebaknya

“Ok wan kau buat lah apa yang patut, janji hari ni balqis jadi puteri yang tercantik”

“baik pakcik”

Setelah siap didandan aku mengenakan songket bunga tabor warna unggu muda,akhir sekali baru aku pakai tudung, Rayyan Zahim kata apa pun baju yang aku pakai , aurat kena jaga, nanti dia yang akan tanggung segala dosa,


4.  Alhamdulillah selesai sudah majlis persandingan antara aku dengan Rayyan zahim, peh lega rasanya, segala sessi bergambar, sessi bertemu sanak saudara semua dah selesai, pehh lega rasanya, jam dah pun menunjukkan pukul 3.30 petang, tetamu masih lagi datang dan  pergi silih berganti, by, qis nak solat zohor dulu erk, aku berkata pelahan pada suami ku yang tengah asyik bersembang dengan kawannya juga kawan-kawan ku.

“sekali lah sayang, kita jemaah,

Aku berlalu dulu diikuti suamiku

Alamak macam mana ni, aku nak tukar baju, perasaan segan mula menular di dalam hati ku, aku tengok Rayyan selamba badak je tukar baju depan aku, yang aku masih lagi duduk di bucu katil.

“lah, kata nak solat,

“emmmm, qis masuk toilet dulu erk’

Pantas aku mengambil tuala dan kain batik dalam almari

“Sayang ni, takkkan ambil sembahyang pakai baju songket tu”suami ku menegur

“ Taklah, qis tukar kat dalam bilik air je”jawab ku ringkas

Aku tengok suami ku tersenyum simpul

“awat by senyum,

“Sayang by, ni dah jadi suami sayang yang sah, apa yang nak dimalukan

“Segan lah, tak pe qis salin kat dlm bili air je,

Suka hati sayang lah, jangan lambat tau, by tak ambil wuduk lagi ni

“ok

Fuhh lega rasanya, bile pakaian bersanding ku tadi ku tanggalkan”

“Qis cepat sikit waktu nak habis ni”

“sat,”jawabku

Aku keluar bila dah siap berpakaian

By jangan lambat tau,

Aku membentangkan sejadah, satu untuk suami ku dan satu lagi untuk aku.

Aku menunggu suami ku di sejadah, telekung dah pun aku pakai, kain pelekat dah baju melayu untuk suami ku dah pun aku sediakan diatas katil, aku rasa itulah tugas pertama aku sebagai seorang isteri.

Selesai salam, aku mengaminkan doa yang dibaca suami ku,lain benar akau rasakan, selesai berdoa pantas tangan suami ku kucup dan pertama kali aku bersembahyang jemaah bersama suami ku,

Aku bersiap alah kadar saja, baju kurung yang ku guna semasa nikah semalam ku sarung kembali begitu juga suami ku, baju melayu semasa nikah semalam di sarungnya semula.

Kami beriringan keluar ialah untuk membantu apa yang patut,lagipun tetamu masih ramai yang hadir, kawn-kawan aku dengan zahim boleh dikatakan hampir semua hadir,aku terus kedapur melihat apa yang boleh dibantu manakala zahim pula ke  halaman rumah,

“dah solat long”maksu menegurku,

Dah,jawabku ringkas, aku duduk disebelah alang, entah mengapa tetiba aku rasa cam nak bermanja dengan maklang, aku menyandarkan kepalaku dibahu maklang.

“Ni apahal pulak ni”maklang bersuara dan memandangku.

Mak itam dengan maksu pun memandang ku dengan hairan.
“ialah nanti orang dah tak boleh lagi manja-manja dengan alang lagi”aku berkata dan memeluk pinggang alang erat, maksu dengan mak itam mengeleng kepala melihat telatah ku, semua orang tahu antara adik-adik ibu aku memang rapat dengan maklang dan paksu sebab maklanglah yang jaga aku masa kecil-kecil dulu, ialah ayah dengan ibuku selalu berpindah almaklumlah dulu ayah ku seorang tentera jadi selalu pindah randah.Manakala paksu pulak dialah kawan dan juga musuh aku, atok dengan nenek kata aku dengan paksu macam anjing dengan kucing tak boleh jumpa ada je yang nak digaduhkan, kekadang tu pasal telur goreng pun aku dengan paksu boleh gaduh, tapi selepas paksu kawen dengan maksu kami dah jarang bergaduh tetapi kekadang tu adalah juga,dan disebabkan itulah aku rapat dengan maksu (isteri paksu aku).

“ya allah kat sini rupanya,laki dia kat luar tercari-cari bini, boleh dia bermesra- mesra dekat sini, dah-dah lah tu long,”acik membebel-bebel , macam biasa.

“ialah tu, “jawabku malas dan masih lagi bersandar dibahu maklang.

“along , abang long cari”amirul adik sepupuku memanggil.

“kan... tu lah aku cakap tak percaya,”acik menyampuk, dengan malas aku bangkit dan berlalu kehalaman rumah, allah mana pulak laki aku ni,

“sayang, satu tepukan hinggap dibahuku,

“oh mak kau nenek kebayan”aku melatah tiba-tiba fuhh hilang sekejap semangat aku.

“ishh by ni kenapa, tekejut lah orang, aku lihat suami ku tersenyum melihat aku melatah,

“sukalah tu, by cari orang kenapa”tanyaku tanpa menanti jawapannya.

zahim tersengih bila melihat isterinya melatah, bukan apa dah lama dia tak dengar perkataan nenek kebayan tu dari mulut isterinya tu,

“sorry sayang, ni by nak kenalkan sayang dengan member-member tempat kerja by, dorang tu sibuk sangat nak jumpa sayang, sejak kita tunang lagi, ialahkan sayang kan tak pernah nak ikut apa-apa function yang tempat kerja by buat masa kita tunang dulu. Jom sayang, satu je by nak beritahu sayang, sayang kena tahan dengan dorang tau,

“Tahan?tahan apa “aku tak faham.

Ala dorang tu kuat menyakat, tapi by tahu sayang by ni lagi kuat menyakat dan loyar buruknyakan.

“oh, ingat kan apa tadi, ala orang oklah by”

Aku dengan zahim beringan ke tempat kawan-kawannya berkumpul, mak ai ramai juga yang datang,

Kami menghampiri kumpulan tersebut, “ok guy , this is my beloved wife, Puteri Nur Ilyana Izaira Balqis, Zahim memperkenalkan aku, aku hanya senyum je dengan apa yang diperkatakan oleh suamiku.

“Sayang, nilah rakan-rakan sekerja by, tak da yang lain nilah semuanya.

Aku menghampiri tetamu yang wanita dan bersalam dengan mereka, terima kasih semua kerana hadir”aku berkata.

“Im lepas ni dah tak boleh balik lewat lagi dah ye”salah seorang dari mereka bersuara.“Kalau tak dulu dialah yang selalu balik lewat, aku takut esok-esok pukul 4.30 pm dah hilang”ianya disambut dengan gelak oleh rakan-rakan yang lain.

“Im, kami nak gerak dulu, apapun congrat bro,welcome to the club”

“Tq guy, n tq abang man, jangan lupa next week kat rumah parent i, pulak kat hujung sana, Zahim menunjuk kearah rumahnya

“Tak guna kau im, kau kawen dengan awek masa kecik-kecik dulu apa?, alah macam mana aku boleh lupa ya, ni kampong kau jugak”lelaki yang dipanggil abang man bersuara.

Aku dengan zahim hanya mampu senyum je, Ok zaira kita orang gerak dulu, terima kasih, sedap tul masakan hari ni rasa macam nak bungkus bawak balik je”salah seorang kawan suamiku berkata, eh boleh je nanti kejap erk, tunggu tau, by suruh kawan-kawan by tunggu tau, acik ngan maklang memang tengah bungkus-bungkus lauk.

“Rezeki korang lah tu, tunggu jap eerk”suami ku menyuruh rakan-rakannya tunggu sekejap , aku terus kedapur mengambil bungkusan yang telah dibuat oleh makcik-makcik ku tadi.

“Kau ni jat tak tahu malu betullah,ada ke minta lauk. Abang man bersuara.

“Ala korang pun nak kan, kan, betul tak kak siti, tadi kak siti kata rendang kat rumah ni yang paling sedap kan betul tak betul tak?

Aku memberi kepada suamiku untuk diberikan kepada rakan-rakannya.

“Itu je yang ada, terima kasih sekali lagi sebab datang”kataku

“terima kasih juga zaira atas lauk ni”abang man berkata mungkin sebagai yang paling tua dikalangan mereka.

Aku meminta diri dari suami ku, tiba-tiba kepala ku sakit teramat sangat.mungkin sebab cuaca yang panas dan bertudung satu hari. Aku berlalu ke bilik, dengan pantas ku tanggalkan tudung yang menyaluti kepala ku.Aku baring dan terlelap, aku sedar bila ada seseorang memicit kepalaku lembut, dengan malas aku membuka mataku, senyum suamiku terserah , dah sedar,tanyanya lembut,aku membalas senyuman suamiku.

“dah pukul berapa by”tanyaku perlahan.

“6.30  petang, bangunlah, solat asar, sayang tak solat lagi, tadi ibu pesan suruh kejutkan sayang solat, tu ibu bagi ubat, sayang bangun ya, mandi lepas tu solat, tak lama lagi maghrib dah nak masuk. Kita solat sama erk”

" by dah solat dah, nak kejutkan sayang tadi rasa macam kesian pula"

Aku mengangguk dan pantas bangkit dari baringan.Usai solat aku keluar dari bilik.ialah takkan aku nak bersenang lenang pulak kat  dalam bilik sedangkan kerja kat luar masih banyak yang belum selesai. Aku ke ruang tamu, ku lihat semua ahli keluarga ada kat situ,maklong, mak itam,maklang,acik, pak itam, paksu,maksu, ayah,ibu dan semua adik dan adik-adik sepupu ku ada masing-masing tengah merehatkan diri yang kepenatan, suamiku pun ada, aku menghampiri maklang dan berbaring dipangku maklang,

“oitt ni apahalnya pulak ni, laki ada kat situ, kat aku juga di tengeknye,

“ala, orang sakit kepala ni, cepatlah lang, macam biasa”rengekku

“ee dah jadi bini orang pun masih nak manja lagi ke”adik bongsuku bersuara.

“ee orang sakit kepala lah”

“Aik bukan ke ada orang yang picitkan kepala along tadi”maksu bersuara

“ala orang nak alang, tak nak tak pelah aku bangkit dan berlalu ke pada acik

“Cik picit kepala cik, please”rayuku

“ek eleh, aku pulak, cepatlah”acik berkata ,

“yess sayang acik, aku menyerah kan minyak Balm pada acik.

“along-along, ko tengok tu Rayyan bini sape tu”maksu berkata kepada suamiku.
Dikalangan keluargaku dan keluarganya, suami ku dikenali dengan Rayyan.

Aku memerhatikan suami ku hanya tersenyum.

“Hari ni kita sembahyang jemaah erk. Kita ada imam baru hari ni, hari ni abah rehat je , kita tengok cucu menantu abah ni”Pak itam bersuara tiba-tiba. Pak itam dah mulakan majlis orentasinya kepada ahli keluarga baru. Atok aku tengok senyum je, atok pun dah jadi rakan kongsi pak itam. Dan hari ni sembahyang maghrib dan isyak diimamkan oleh suami ku. Aku tengok atok dan pak itam berpuas hati lega aku dibuatnya. Pukul 9 malam rakan-rakan ku mula hadir begitu juga dengan mereka yang terlibat semasa rewang majlis ku, sebab malam ni ayah buat jamuan dan makan-makan untuk mereka, jamuan kali ni ditaja sepenuhnya oleh makmah caterer, iaitu ibu angkatku,dalam masa yang sama ayah juga telah menyediakan menu biasanya. Keluarga sebelah mertuaku pun ada yang hadir, dalam masa yang sama aku dengan zahim membuka hadiah yang kami terima masa majlis tadi, macam-macam yang kami dapat, yang paling best hadiah dari adik-adik sepupuku, lesung batu, siap ada ucapan lagi “semoga lesung dan ibu akan sentiasa bersama selalu”

Adik-adik ku menghadiahkan satu set pinggan mangkuk,gelas-gelas jangan cakaplah banyaknya.

Majlis berlangsung dengan meriah sekali, rakan kelas aku dan am ramai yang hadir. Bila dan berkumpul macam-macam cerita yang keluar,dari zaman kanak-kanak hinggalah zaman dewasa, dan tanpa sedar masa berlalu dengan cepat sekali, dan bila lewat malam, tetamu beransur pulang, begitu juga dengan keluarga belah mertua ku.

“Dah lah tu Rayyan esok je sambung dah pukul 1 pagi dah ni, ko pergilah rehat, jangan kau layan adik-adik ko tu, dorang tu dah memang macam tu kalau dah jumpa dah tak ingat hari dah ”dari dalam bilik aku dengar suara ayah mengarah suami ku, yang sedang leka berbual dengan adik, dan adik-adik sepupu ku,memang betullah tu kata ayah, dorang ni memang macam ni, kalau jumpa dah tak ingat dunia.

Dalam bilik aku pulak yang seram sejuk, ialah berdebar - debar hati ni  hanya tuhan je yang tahu ialah ,sebab buat pertama kalinya aku akan tidur berkongsi dengan seorang lelaki, selalunya alia je yang tidur sebelah aku. Terdengar pintu dibuka dari luar,"Assalamualaikum"  tenanglah wahai hati, releks balqis,tu suami kau, suami yang telah menikahi kau dan dia halal disisimu, releks balqis, releks, aku menenangkan hati ku sendiri, aku dapat rasakan dengupan jantung ku laju je waktu ni,jari jemari ku sejuk aku rasa, aku membalas senyum Rayyan dan menjawab salam yang diberikannya.

“Sayang tunggu abang ke”Tanya pelahan dan melabuhkan punggungnya disisiku, dan tangganya pantas memaut tanggan ku.
"aik bila pula by jadi abang ni, adoii ada2 jelah laki aku ni" orang dah lah seram sejuk ni"

“ee, sejuknye tangan sayang, abang slowkan aircond erk ,Rayyan ingin bangkit

“Tak lah, ok lah ni,”Jawabku

“Tangan sayang sejuk ni, kenapa? Takut erk. Rayyan berkata dengan senyum dibibir,


Aku mengangguk , tangan ku masih digengam oleh Rayyan, aku tengok dia senyum dengan jawapan yang ku berikan, sabar je orang tua ni”getusku dalam hati.

“Apa yang nak ditakutkan,meh sini, Rayyan memautku didalam pelukannya, dan rambutku dibelai mesra, begitu juga dengan jemariku dibelai mesra.sayang tahu tak, berapa lama abang tunggu saat ni,terima kasih kerana masih menerima abang dalam hidup sayang,dan terima kasih kerana sudi menjadi pelengkap tulang rusuk abang.Satu ciuman hangat hinggap  di dahiku.

“Abang tak mengantuk ke”aku bertanya ialah dah dekat pukul 2pagi ni, kat luar masih lagi terdengar suara adik dan adik –adik sepupu ku berbual diselang seli dengan gelak tawa , tu sah mengata aku lah tu

“Kenapa sayang dah ngantuk ke?

“Tak de lah,jawapku ringkas, sebenarnya aku ni dalam debar ni,ialah Rayyandah menarik ku baring disisinya, kepalaku bersandar di dadanya, aku dapat rasakan dengupan jantung nya pun dah macam tak teratur saja,

Belaian-belaiannya membuatkan aku hampir terlena,dan belaiannya membuatkan aku seperti diawangan, dan tanpa sedar aku membalas pelukannya,

“Terima kasih by kerana sudi menjadi imam qis, sudi menjadi teman qis,bicaraku pelahan,dan aku memandangnya mesra.
"mulai hari ni tak dah panggil by kena panggil abang, boleh tak"
aku hanya mengangguk dengan permintaanya.

Tanpa aku jangka Rayyan mencium pipiku dan mengeratkan lagi pelukannya dan masa itu juga bibirnya ditaut lembut oleh bibir Rayyan, dan dimasa yang sama balqis sudah merelakan dirinya untuk seorang insan yang bergelar suami, tautan bibir Rayyan dibalasnya lembut seolah mengizinkan tindakan am seterusya,bila merasa akan penerimaan balqis Rayyan berdoa dalam hatinya,

“Ya allah satukan hati kami, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan berikan keberkatan mu ya allah” dan dia mencium ubun –ubun isterinya.

Seluruh wajah isterinya dicium dengan penuh kasih dan mengharap agar rumahtangga yang baru dibina ini kekal hingga ke nafas terakhirnya, nafas lelaki ini juga turun naik dan senada.

Balqis memejamkam matanya manakala Rayyan sudah pun memulakan rentak, yang gelora jiwanya tika ini hanya tuhan saja yang tahu dimana sebenarnya dia amat merindui akan insan yang bernama Nur Ilyana IzairaBalqis, Balqis lemas dalam amukan asmaara Am,terasa diri ini dihargai dan disayangi,,dibelai dan dimanja dengan sepenuh hati.dia membalas rangkulan Zahim ,dan bila melihat Balqis membalas zahim merasakan isterinya sudah menerima kehadirannya tika ini,dan pantas bibir Balqis menjadi sasarannya dan desahan manja Balqis menjadikan dia merasa bahagia sekali,dan  akhirnya dua jiwa bersatu buat Pertama kalinya dengan harapan benih cinta mereka akan menunaskan impian dan menjadi lambang cinta dan kasih sayang mereka berdua. Dan bahtera yang baru di nakhodakan akhirnya sampai ke tepian,

“Terima kasih sayang”zahim mencium mesra pipi balqis,dan kini segalanya milik balqis telah menjadi miliknya,

“Terima kasih abang kerana menjadikan qis isteri dalam erti kata yang sebenar. Pantas dia memeluk zahim manja dan akhirnya di terlena dalam pelukan hangat zahim

5. " assalamualaikum,morning sayang.satu kucupan manja dan mesra hinggap di pipi dan dahinya.

"waalaikimussalam,abang,morning,aku membalas kucupan dipipinya.

"bangun sayang kita solat sama-sama ye.aku mengangguk dan pantas tuala kucapai,aku lihat am dah siap Cuma belum pakai baju je lagi, abang tunggu qis erk”aku bangkit dan berlalu ke bilik air, tapi aku terhenti di pintu bilik air,pantas aku berpaling dan mataku terus ke cadar kami malam tadi dan pantas aku mengambil cadar tersebut tapi dihalang oleh zahim, tak pe nanti abang kemaskan sayang pergi mandi, jangan lupa mandi wajib tau .zahim senyum nakal,cepat-cepat aku berlalu ke bilik air. Aku keluar je,aku temgok zahim dah pun ada di sejadah,menantiku,

“Abang dah ambil wuduk ke? Tanya ku

“dah kat luar, tunggu sayang lambat benar,

Dan buat ke sekiannya kalinya dia berimamkan suaminya.usai doa tangan suaminya di cium lembut, dan begitu juga satu ciuman hinggap di dahinya,

“terima kasih sayang, kerana menjadikan abang yang pertama,

Aku tertunduk malu dengan apa yang diperkatakan, dan pantas aku memandang cadar dikatil , sudah pun ditukar oleh zahim,

Aku mengemas  sejadah dan kain telekung,zahim dah pun baring semula,aku ingin keluar membantu apa yang patut ialah takkan nak bersenang lenang dalam bilik pulak,

“sayang nak gi mana tu”

Luar jap tengok apa yang patut, abang rehat dulu erk, beritahu ku dan pantas aku menyarung tudung ke kepala ialah diluar sana masih ramai lagi adik-adik sepupuku,dan aku rasa sudah tiba masanya aku melindungi aurat ku dimana kini hanya milik suamiku.

Di dapur aku lihat ibu tengah menyediakan sarapan sambil dibantu oleh makcik-makcik ku, Kebetulan hari ni hari cuti umum jadi masih ramai lagi dirumahku tika ini, semasa keluar dari bilik tadi aku melihat adik,dan adik-adik sepupu ku bergelimpangan depan TV, entah pukul berapalah mereka ni tidur.aku membantu apa yang patut.

Dari dapur aku dengar maklong mengejutkan adik apit dan afiq untuk solat subuh,dan terdengar juga runggutan maklong,sebab keduanya liat nak bangun ialah baru je tidur kan,

“Pukul berapa dorang tu tidur,sku bertanya

“dekat subuh tadi rasanya,entah apalah yang disembangnya,sampai tak ingat dunia,maksu memberitahu.

“Macam mana malam tadi”maksu bertanya pelahan, mungkin takut didengar oleh ibu barangkali.

“Macam mana apa?”Tanyaku buat-buat tak faham.walaupun aku tahu apa yang ingin ditanya oleh maksu, aku tengok makcik-makcik ku yang lain seolah-olah menunggu jawapan ku.

Cuma maklong dengan maklang je yang begitu asyik dengan kerja masing-masing.
"Lagi ,mau tanya"Acik berkata pelahan mungkin tak nak didengari oleh ibu, ialah takut lah kot, nanti apa pulak kata ibu, korang pulak yang sibuk tentang anak dia ni kan.


Aku buat tak tahu je dengan soalan maksu , ialah takkan nak cerita kot, bukan ke tu rahsia rumahtangga, segan lah.

Aku hanya mampu senyum je, harap-harap makcik-makcik ku faham dengan senyuman ku itu.

Maksu senyum kembali, Alhamdulillah,tak lama lagi dapek cucu lah angah”Maksu berkata pelahan

“Sapo yang dapek cucu zie”nenek yang tiba-tiba datang menyampuk.

“Tak mak, zie cakap nanti bertambah lah cucu kami, ialah along kan dan kawen”Maksu menjawab.