Sabtu, 30 April 2011

30hb April 2011

hari ni 6 tahun lepas aku tengah diarak untuk disandingkan ,masa tu rumah aku meriah betul semua sanak saudara ada, tak kiralah sape sume ada masa tu

Selasa, 26 April 2011

Aku terima nikahnya


aku terima nikahnya aznira binti aziz dengan mas kahwinya?????? tunai.. mengalir airmata si ibu anak teruna kerana anak yang disayanginya kita menjadi suami, mengalir air mata sorang ayah apabila lengkaplah sudah tangungjawabnya untuk menikahkan anak gadis tunggalnya yang amat disayangi, mengalir airmata ibu kepada si gadis kerana anaknya kita sudah dimiliki dan kini segalanya dibawah pelindung oleh si suami, mengalir air mata si anak gadis kerana kini ia telah menjadi seorang isteri..mengalir airmata si anak lelaki kerana tertunai sudah impianya memiliki insan yang disayangi .. dan kini bermulalah kisah rumah tangga yang akan diharungi bersama AMIN

Detik2 Aku menjadi seorang isteri





29.4.2006 selepas solat asar adalah satu tarikh dimana dengan rasminya aku menjadi isteri kepada Nor Azli bin Abd Hamid

laporan 26.4.2011

assalamualaikum.. eee lagi 3 hari genap usia perkahwinan aku dengan suami yang kusayang 6 tahun.. yaallah kejap je aku rasakan dah 6 tahun je aku menjadi isteri kepada Nor Azli bin Abd hamid.... rasa baru je aku bersanding heheheheheh

Isnin, 18 April 2011

Aku dan dia

Sayang Sedetik hati ini sering mengatakan yang aku ini begitu menyintai dirimu ketahuilah tiada insan lain yang amat aku sayangi

permulaan setiap minggu

Assalamualaikum.. aku tak tahu ada ke yang ikut blog aku ni, sebb aku buat blog ni untuk suka2 je.. ialah aku tak tahu dengan sape aku nak berkongsi cerita berkongsi segala luahan hati dan perasaan so bagi aku dengan blog ni lah aku selalu bercerita.. sebb bagi aku bila aku dan cerita semuanya akan hilang , lega dan releks.. barulah aku boleh buat kerja lain, sebenarnya blog ni hanya akan menceritakan kisah aku sahaja. ialah apa yang aku buat, apa yang aku lakukan setiap masa.Hari ni 18.4.2011 genap 5 tahun perkhidmatan aku sebagai kakitangan awam.. alhamdulillah 6 tahun dah aku kerja kat Jabatan Pelajaran Selangor ni kejap je aku rasakan. rasa baru semalam je aku pergi lapor diri di Emperor hotel melaka, di hantar oleh Abud, ibu dan achik.. kemudian aku balik sendiri dari melaka ke Puduraya..perhhh pengalaman betul masa tu aku rasa, kemudian aku diarahkan melapor diri ke Jabatan Pelajaran Selangor , dan disinilah penempatan aku akan diberikan.. dan 22hb April 2005 aku melapor diri di jabatan Pelajaran selangor, dan sekali lagi aku dihantar oleh ucu pulak.. masa ni debar nya hanya tuhan saja yang tahu. Bila surat penempatan diedarkan, aku tak tak dapat lagi surat penempatan, alamak apa hal lah pulak ni , ialah orang len dah dapat surat. awat aku tak dapat lagi ni, akhirnya aku diarahkan lapor diri semula dijabatan pelajaran selangor pada esok hari, so aku pun baliklah dengan ucu tanpa tahu dimana aku ditempatkan ...Sabtu 23.4.2005 aku lapor diri di Jabatan Pelajaran Selangor dan aku ditempatkan buat sementara waktu di Unit Perkhidmatan .. masa ni aku lin, khai aiza dan jihah hanya jaga kaunter perkhidmatan sahaja, dan selama dua minggu aku duduk di unit perkhidmatan aku dipendahkan ke Unit Perjawatan . Aku sorang pulak tu yang pindah sedih memang sedih ialah aku dah sorang2 kat sini..

Jumaat, 15 April 2011

CCMC mencari harta karun

Inilah wakil2 ccmc yang mengikuti mencari harta karun pada 3.4.2011



















memang best, sampai demam2

Aktiviti aku dihujung minggu bersama CCMC pada 3.4.2011


Assalamualaikum, lama aku tak update blog aku yang baru je aku buat ni, bukan ape , buat masa sekarang ni aku sibuk sikit dengan tugas dan tanggungjawab aku pada negara heheheh, sini aku sertakan gambar2 aku bersama2 geng2 ccmc yang ikut mencar harta karun didalam muzium negeri selangor