Selasa, 27 September 2011

RIANG RIA PERHIMPUNAN PAGI DAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JABATAN PELAJARAN SELANGOR TAHUN 2011

 UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN
JABATAN PELAJARAN SELANGOR
 BERSAMA EN. NAJIB BIN MD KASNAN
PPK PERJAWATAN & PERKHIDMATAN
Majlis Perhimpunan pagi Jabatan PElajaran Selangor bagi Bulan September 2011 Dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri  Jabatan Pelajaran Selangor bagi Tahun 2011









Sektor Pedidikan Islam - JABATAN PELAJARAN SELANGOR











 Sebahagian daripada staf Unit Perjawatan dan Perkhidmatan.. asyikkkk nye menjamu selera






Sebahagian Staf Unit Perjawatan dan perkhidmatan yang cun2













TENGAH KUSYUK MENGAMINKAN DOA
























SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
JABATAN PELAJARAN SELANGOR
SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 











SESSI MENJAMU SELERA
JEMPUT2  SEKTOR K2P
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DAN SEKTOR JAMINAN KUALITI

SEKTOR MAKLUMAT DAN ICT






27.9.2011

hari ni sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (K2P) Jabatan Pelajaran Selangor menjadi tuan rumah Perhimpunan Bulanan Jabatan, merangkap menjadi urusetia bagi majlis rumah terbuka jabatan pelajaran selangor.. Bermacam2 acara yang berlangsung.. ada koir khas dari Unit Perjawatan dan Perkhidmatan.. (dapat banyak undangan tu....) meriah betul majlis hari ni  Hari ni ni rasanya tak makan mlm kot sbb dah kenyang rasanya ni.. ALHAMDULILLAH
Bila terlalu banyak ujian dlm hidupmu
itu bermakna Allah KIV dgn mu
Jika kamu disusahkan setiap waktu
itu bermakna ada RSVP disyurga utkmu
Jika kamu bersabar dgn ujian dan cobaan Ilahi
itu bermakna kamu adalah VIP disyurga nanti...
jika kamu tak sudi dan tak redha dgn semua itu
itu bermakna kamu adalah NOBODY dlm hidup ini....










Masa yg lalu jangan di intai lagi
tutupkan lah tabirnya kali ini
hiruplah udara yg menyegarkan hati
berjalanlah penuh riang menuju pelangi..
Usah kau menoleh ke belakangmu
tinggalkan semua yg ada disitu
langit masih membiru mengiringi mu
awan masih memayungi perjalananmu..
Usah di ingat luka lama
biarkan ia hilang bersama masa
obati rindu mu dgn harapan baru
marilah izinkan ku pimpin tanganmu....

Isnin, 26 September 2011

Pesan seorang kawan...

Kawan..
kalau kau ingin marah ..silakan
aku akan biarkan
memang aku banyak kesilapan
mungkin kata-kata ku menyakitkan
mungkin aku tidak sengajakan
atau aku buat cara gurauan..
Kawan.....
Janganlah ambil hati
jangan simpan dalam hati
jangan marah sepanjang hari
jika kau marah aku akan pergi....
Kawan....
kadangkala aku spontan
kadangkala aku fikirkan
kadangkala aku ikut perasaan
kadangkala aku tak sedar apa yg aku katakan....
Kawan....
minta maaf sekali lagi
aku bukan mengguris hati
aku tak berniat buat begini
aku harap kita masih berkawan lagi?

26.9.2011

Assalamualaikum..
Hari ni genap sudah 1 bulan aku menjalani kehidupan yang baru, alhamdulillah.. tuhan tu maha adil maha mengetahui ,aku redha dengan ketentuan yang diberi oleh mu. kerana aku tahu apa yang kau lakukan ada penyebab dan kau tahu bahawa aku mampu menempuh dan mengatasinya dengan penuh keimanan...
Ya allah.
Mulai hari ni aku tak mahu lagi mengingati apa yang pernah berlaku, aku harus menjalani kehidpuan dengan penuh ceria dan lupakan segala apa yang berlaku.. biarlah betul kata keluarga dan kawan2ku dia takkan pernah berubah.. dan aku takkan menangis lagi untuk seorang lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri, aku harus tunjukkan yang aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, aku bebas tanpa terikat dengan sesiapa..aku harus kuat.. KUat dan bangkit dari kesedihan.. lupakan dia iera.. lupakan ... dia takkan pernah berubah...

Selasa, 20 September 2011

Ya Allah..
Titipkan ketenangan buat aku yang sedang keresahan..
Ya Allah,kembalikan keceriaan buat aku yang kedukaan..
Ya Allah,gantikan tangisan aku dengan senyuman..
Ya Allah,jika ini ujian maka berikan aku kekuatan..
... ... Ketahuilah tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkan Allah.
Tiada yang lebih dekat kepadaku melainkan Allah.
Maka rintihlah segalanya dalam doa dan sujudku kepadaNya...aminnnn..

aku dan dia.....


Kenapa semua ini harus terjadi pada kita, sedangkan kita masih menyanyangi antara satu sama lain, kita sering mengutus rindu tanpa siapa yang tahu.. hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu.. Kita telah berusaha untuk tidak menidakkan yang kita saling memerlukan , tapi ... sebaliknya ... puas kita menjauhkan diri, membisu tapi kita terseksa dengan rindu yang makin menusuk di kalbu.. kita sakit kerana memendam apa yang ada di hati ini.. Tapi mereka menyuruh kita menidakkan , menyuruh kita membunuh perasaan itu.. kenapa.. di luar memang seperti tiada apa yang terjadi.. tapi di satu sudut hati .. kita hampir membunuh diri kita sendiri.. tapi mereka tak tahu .. apa yang mereka tahu perasaan mereka.. memang dulu hati kita jauh , jauh kerana ada yang menutup perasaan sebenar dihati kita.. cemburu dengan kebahagiaan yang kita ada..

Isnin, 5 September 2011




Assalamualaikum,
Hari ni aku betul2 sedih, betul2 sebak, kenapa eh..
Rindu...
Urmm entahlah..
Sayang..
Aku sendiri tak tahu
hari dah 10 hari aku menjalani kehidupan baru..
hari demi hari berlalu tanpa aku sedari..
Ya allah kuatkah aku dalam menempuh dugaan ini,
Ya allah kuatkan aku menyusuri liku2 kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini,
Ya allah tabah kah hambamu ini menjalani penghidupan yang serba baru ini ..
Ya allah, hambamu memohon tabahkan lah hati ini, kuatkan lah jiwa ini dalam meniti liku2 kehidupan ini

Ahad, 4 September 2011

 salam aidilfitri buat semua, lama rasanya tak mengunjungi blog ni, banyak dah habuk2 berterbangan, sawang2 yang bermaharaja lela, bukan ape sejak dua menjak ni , saya rasa mcm mlas nak update, walaupun banyak cerita untuk dikongsikan bersama, mcm2 cerita yang ada dalam kehidupn seorng insan yang bernama Ira ini..
Kisah sedih ada , kisah suka ada .. kiranya macam astro lah Macam2 ada
tapi satu peristiwa yang takkan aku lupakan ialah tanggal 25.8.2011 lagi 5 hari je nak raya...
tarikh tu adalah tarikh yang begitu menyayat hati aku..Ya Allah kau tabahkan lah hati hambamu ini, Ya allah, kuatkan lah jiwa hambamu ini, Bagaimana gugurnya kelopak mawar dari jambangan begitu juga air mataku, yang selama ini ku tahan , kusimpan, agar ianya tidak gugur, tapi pada tarikh itu ianya tanpa segan silu gugur jua akhirnya, walaupun di luarku kelihatan kuat , menempuh segalanya tapi didalam hati ini ianya hancur lebur,menangis tanpa siapa yang tahu..
Aku rasa aidilfitri kali ini langsng tiada memberi erti kepada ku, tarikh yang paling menyayat hati aku adalah pada 26.8.2011, ya allah buat pertama kali nya kami terpisah, hati ini menangis tanpa henti, walaupun berbagai diperkatakan namum dihati ini tersimpan satu perasaan yang amat dalam, sukar untuk aku perkatakan...

Sabtu, 20 Ogos 2011

✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿
Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga
Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di neraka

✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿




 tersenyumlah walaupun hati sedang menangis..kadangkala senyuman itu mengobati luka 
didalam dada...orang yg tersenyum dikala diuji Allah adalah orang yg redha dgn ketentuan
Allah..dan jika dia redha..maka Allah pun redha dgn nya dan akan memasuki syurga dgn     
senyuman dan dinantikan oleh malaikat2 yg juga menjemputnya dgn senyuman.....insya'allah..
.
Kisah mawar dan aku,
Sebenarnya aku pun heran macam mana nama MAWAR boleh tercipta untuk ku, hingga kini aku masih belum dapat jawapannya,

Google

Google

Rabu, 27 Julai 2011

Perginya Seorang Adik

Tanpa aku sedari mengalir air mataku
Sebak rasanya didadaku
Lien
Saat akak melihatmu
terlantar di situ
ku sedekahkan yassin buatmu
agar ianya memudahkan lagi segala urusanmu
Lienda
Tidak dapat akak tahan tangisan ini
takkala surah yassin ku alunkan
kerana sayang nya aku pada mu
rindunya aku padamu
Lien
Akak rindu gelak manjamu
Ramahmu menyapa
Ceria mu menutup segala duka dihatimu
Lien
mengapa terlalu cepat kau pergi sayang
tinggal akak, keluarga dan teman-temanmu
Lien
Akak redha
Kami semua redha akan kepemergianmu dik..............
izinkan lah akk menyimpan secebis rindu buatmu
Lien
kini semuanya tinggal lenangan
Kenangan yang tidak mungkin dapat akk lupakan
kenangan yang terlalu indah untuk akak hapuskan
Tenanglah kamu disana
Tenanglah dan damailah
kamu bersemadi
Nor aslinda Ismail
Alfatihah buat mu hanya itu yang dapat kukirimkan buatmu
takkala rindu menusuk di kalbu

Oleh: Kakakmu -crew )03B

Isnin, 18 Julai 2011

Resepi mudah Choklat Moist

Resepi ni aku dapat dari kakak kat opis aku, dia ni duduk depan aku je, tadi entah macam mana aku boleh tertanya dengan dia macam mana nak buat choklat moist.Ialah dulu masa kat Jerman dia kata selalu gak buat kek2 ni, so aku minta lah salah satu kek yang paling senang nak buat sebab aku ni hanya tahu makan je

Resepi Coklat Moist -Kak Ain

Bahan-bahannya
 1 Cawan Koko
 2 biji telur ayam sedehana besar(gred B-C)
 1 Cawan gula halus(Kastor)
 1 Cawan minyak masak
 1 Cawan air
 2 Cawan  tepung Kek

Cara2nya perhh memang senang sesangat
 Campurkan semuanya dan pukul sampai kembang
 kemudian bakar selama 45 minit/sampai masak le

Senangkan.. aku yang menyalin resepinya pun macam tak caya je
Aku dah buat memang sedap ..
Bahan2 ni untuk makan 1 family ..

Selasa, 5 Julai 2011

mengintai tirai keinsafan

Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu

Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang

Sekadar songsong aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna,
"Apakah dalam sarat khilaf
masih terbuka ruang untuk
dianugerahkan keinsafan?"

Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.

Isnin, 4 Julai 2011

Aku

Mengalir air mata ini tanpa aku sendiri sedari,
"mama kenapa" suara manja anak kecil yang berusia 4 tahun memecah kesunyian malam:
"tak de apa, mata mama masuk habuk"jawabku pantas, bukan apa sikecil ini pintarnya mengatasi umurnya, cerdiknya sampai tak termampu kami semua melayannya.
"mana ada habuk dalam bilik ni, kan nenek mah selalu sapu"seperti yang kujangkakan ada sahaja jawapan dan soalan untuk ku semula.
"Habuk kat luar agknya,dah jom tidur, cuba abang tengok tu dah pukul berapa sekarang,esok lambat ke sekolah
"Mama esok mana sekolah esok saturday, cuti..mama lupa erk, kan mama dah janji nak bawak abang pergi swimming,
"hoo esok saturday erk, bukan sabtu, urmm bila mama janji erk, bukan abang janji dengan ummi abang ke, aku cuba berdalih, saja mengusik si anak kecil ini
"Mana ada mama yang janji kan dengan abang.. aaaa mama lupa ye."atok kata kalau mungkir janji berdosa tau,
"itu atok kata, mama tak kata pun" aku terus ingin mengusik sikecil.
"opss abang lupa lah pulak..sebenarnya tadi nenek pesan suruh panggil mama untuk minum petang, jom lah, hari ni nenek wiwit hantar cekodok pisang sedap.."dia berkata dengan penuh aksi.sambil menarik tangan ku supaya mengikutnya turun ke halaman rumah.
Ayah.ibu, acik ,adik-adik iparku semuanya dah ada.
"kenapa lambat abang"ibu bertanya pada rafiq
"nenek, tadikn abang tengok mama nangis, lepas tu mama kata bilik dia ada habuk, mana ada habuk kan, nenek mah hari-hari sapu bilik mama."sikecil yang banyak mulut ni memberi laporan yang tak rasminya
"Ibu percayalah cakap cucu ibu ni"
"betullah, abang tak tipu"anak buahku membela diri
"Ok nenek percaya" ibu ku mengiakan kata anak buahku
memang betul pun entahlah tiba- tiba sayu saja hati ku ini..
Ibu hanya memandang sepi kepada ku seolah-olah mengerti apa yang bergolak dalam hati ku ini, Ya Allah sebenarnya hambamu ini belum lagi kuat untuk menempuh segala dugaan yang kau berikan ini ...

Kenapa aku

Assalamualaikum..
Hari ni aku baru berkesempatan untuk membuka blog ni, macam lama pula rasanya , tak update, hari ni kat opis aku bz sikit al maklumlah ada penempatan AKS (PPM N17) alhamdulillah hari dorang sume tak banyak cekadak, ikut je apa aku bagi
Alhamdulillah hari hari kedua aku berpuasa di bulan syaaban, insyallh akn kuteruskan hingga keakhirnnya insyllah, kerana alku tkut aku takkan bertemu denga nya lagi di masa akan datang, ya allah, kenapa makin hari makin besar dugaan yang kau berikan kepadaku,
Ya allah, hambamu redha dengan ketentuannya tp kenapa makin berat,
Ya allah jika ketentuannya aku bersendirian menjalani kehidupan selepas ini , hambamu redha ya allah
kerana ku tahu apa yang berlaku pasti ada hikmah yang aku sendiri tak tahu...
Ya allah jika apa yang berlaku ini memberikan kebahagian kepada ku, agamaku, dan kehidupan ku dimasa akan datang hambamu aku rela ya allah, jika tidak jgn lah kau lakukan
Ya allah aku sebenarnya sedih, sedih yang teramat sangat, kesian pada adik-adikku di CCMC, kemesraan kami teah si salah ertikan oleh segelintir insan yang tak tahu erti sebuah kekeluargaan, jika dia tahu erti sebuah kekeluargaan takkan tergamak untuk dia menghancurkan sebuah rumahtangga demi untuk kebahagiaannya sendiri,
Maafkan kakakmu ini wahai adik2 ku di CCMC,
kemesraan kita telah disalah erti

Jumaat, 1 Julai 2011

Ya allah, kenapa tiada lagi rindu dihatinya
tiada lagi sayang di hatinya
hilang segala keindahan semasa di alam yang penuh bahagia
Assalamualaikum, pe khabar semua lama rasanya tak update blog aku yang tk seberapa ni, blog ni kan bukan macam blog orang len penuh dengan masakan, dan sebagainya, blog ni sebenarnya aku buat tempat aku bercerita, tempat aku meluahkan apa yang terpendam dalam diri ini, memang diluar orang tengok aku happy saja, aku sentiasa tersenyum dan ketawa tapi tak de siapa yang tahu ape yang ada dalam hati ni,
 Baru ni aku buat sekian kali nya rasa betul2 sedey, malu, dan semuanya, yaallah
besar sungguh dugaan yang kau berikan pada hamba mu ini, yaallah, berbagai dugaan yang kau turun kan pada ku di saat ini, satu persatu kau duga hati hambamu ini, alhamdulillah hambamu masih lagi utuh dengan fikiran yang waras, ingat lagi akan landas2 islam agama yang ku sanjung, walaupun ada ketika nya ada suara sumbang cuba mengodaku, 
Ya allah
Hanya pada mu aku berserah
hanya pada mu aku menyembah
hanya pada mu tempat yang sebaik2 tempat untuk ku mengadu
Aku tiada siapa lagi untuk ku kongsikan
ingin ku bersandar pada seorang insan yang bernama suami
dia akan pergi meninggalkan aku
kasihnya kini sudah beralih arah
tiada lagi pada hambamu ini
Ya allah
aku memohon padamu
tabahkan lah hati hambamu ini Ya allah
ku tahu setiap dugaan ini mengingatkan aku yang kau amat menyanyangi aku

Google

Google

Ahad, 26 Jun 2011

Ya allah 
kau Kuatkan lah hati hambamu ini
Kau tabahkanlah jiwanya,
Ya allah
hanya pada mu aku berserah
hanya  padamu aku menyerah
Ya Allah 
Kenapa mereka selalu membohongi aku
Kenapa mereka selalu bermuka2 dengan aku
kenapa mereka suka mainkan perasaan ku
Ya Allah
Kenapa ini harus ku tempuh semuanya
Kenapa 
Ya allah, satu yang ku pinta 
Tetapkan lah iman ku
Ya Allah 
sampai bila harus aku menempuhi semua ini
Ya allah engkaulah yang mengetahui semua ini

Jumaat, 24 Jun 2011

luahan hati seorang pecinta

Elehhh watpe kapel2 ni,bazir je..kene kongkong..itu xboleh ni xboleh.. Single lagi best la..bebas beb nak watpape..kwn2 pun ramai, time susah boleh tolong,boleh enjoy haha~ Chill sudah!
DALAM HATI: Sedihnya, xde org nak peduli pun aku nak watpe, xde sape nak guide aku, xde sape nk bg semangat, xde sape pehatikan aku..xde pn org istimewa yg nk memahami diri ini sepenuhnya huhu...sapelah nak aku kan,,Sunyinya..

Menanti Sebuah Jawaban“


Aku berhadapan dengan dinding tebal..
Aku berjalan melintas awan..
Aku melangkah menyusuri lautan..
Aku berputar putar diantara dua gunung yang menjulang..

Siapa yang kucari ?
Siapa yang kuhadapi ?
Siapa yang membuat aku menjadi frustasi ?
Siapa yang laki laki yang penuh misteri ini ?

Katakan padaku siapa dirimu..
Katakan padaku apa maumu..
Katakan padaku apa yang ada dalam pikiranmu..
Katakan padaku apa yang kau inginkan dariku..

Sungguh kau mampu mengubah diriku..
Sungguh kau mampu mengubah hidupku..
Sungguh kau mampu mengubah jalan pikiranku..
Sungguh kau mampu mengubah kelam menjadi terang..

Katakan padaku siapa dirimu..
Katakan padaku apa maumu..
Katakan padaku apa yang ada dalam pikiranmu..
Katakan padaku apa yang kau inginkan dariku..

Berhari hari kucoba untuk menghindari..
Berulang kali kucoba menipu diri ini..
Berdiam diri justru membuatku frustasi..
Berharap akan terjawabnya sebuah mister

"Puisi Kepercayaan Hati"


Dulu…
Jauh sebelum ku mengenal cinta.
Dan jauh sebelum ku mengenal arti hidup.
Kupercayakan adanya cinta sejati disetiap diri manusia.
Kubayangkan peri cinta yang mewarnai ketulusan.
Kubayangkan senyuman lebar saat ketulusan cinta dirasa.

Jauh…
Jauh… Sebelum kurasakan dalamnya cinta.
Kupandangi kerlipnya bintang malam.
Yakinkan diri akan balasan rasa ketulusan yang sepadan.

Kini kuberanjak dewasa…
Dimasa dan zaman kini ku hidup.
Tetap ku percayakan hati.
Sampai saatnya ku patah hati.
Arti yang terptri hanya tuk omong kosong.

Lalu kucoba tuk tanam lagi.
Namun semuanya kandas dan hilang.
Tertawa ku dibuat cinta…
dan sekejap…
Sewindu kumenangisinya.
Kini jangan salahkan aku mempermainkan cinta…

Selasa, 21 Jun 2011

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut

21.6.2011

Assalamualaikum
hari ni kan aku seronok sangat sbb kawan lma menghubungi ku
terima ksih kawan kerana memberikan gembiraan walaupun sedekit
percayalah kasih sayang seorang sahabat lebih tulus dan ikhlas
terima kasih segalanya

Isnin, 20 Jun 2011

Kerana Terluka - Nurul Wahab -">

Kerna TErluka

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

( ulang dari 1 )

Kerna Terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tibuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

( korus 1 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

( korus 2 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

hargailah cinta

kdg2 kita tdk mghagai cinta...knp??
sbb,kta blum mrsai khlngan dia...
kdg2 kita rsai cinta dia,tp msih xpcya,np??
sbb... kita sllu fikir negatif ttg dia..
kdg2 kita xsdr ati kita btl2 mnyayangi dia,knp??
sbb,kita tnjuk ego xnk mngalah..
hgailah org yg sygkn kita..sbb kita akan mncarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi.. sesal pun sudah tiada guna... ♥
Ku utuskan sebuah rindu ,
Kau utuskan kata nista
kuhulurkan sebuah kasih
kau hancurkan umpama pasir
namum di hati ini kusimpan satu impian
impian yang aku sendiri tak thu bila kah ia
akan menjelma 

Jumaat, 17 Jun 2011

Benci dengan penipu, benci dengan pembohong benci dengan semua yang meyakitkan, hati ni dah terluka betul2 terluka maaf pada semua tiada apa lagi nak diperkatakan sendirilah Pk kalau orang dah tak sayang buat apa kita nak terhegeh2 kan so tak pelah saya tarik diri dari semuanya semoga kebahagian milik kalian ingat lah sekali korang melukakan sampai bila2 tiada kebahagiaan untuk korang
walaupun berkali hati ini disakiti tapi aku sentiasa memaafi kerana di satu sudut hati ini mengatakan aku masih sayangkan kamu

Isnin, 16 Mei 2011

Hari Guru 16.Mei 2011

Hari ni 16 Mei 2011 , adalah hari guru, hari untuk kita memperingati akan jasa, budi dan tunjuk ajar seorang insan yang kita panggil dia cikgu. cikgu panggilan yang cukup sinonim dengan kita selama kita bergelar seorang pelajar,Terima kasih kepada Cikgu2 yang pernah mengajar aku di SK Sungai serai Kuang, SMK Bukit Gading, SMK Kepong dan SMK Seri Garing, Terima Kasih pada Cikgu Ipah-Cikgu aku masa Tadika, Cikgu Aisyah Cikgu aku masa darjah 1, Cikgu Azizah Ali cikgu aku masa aku darjah 2, Cikgu Tahir(Cikgu yang akan aku ingat sampai bila2 sbb aku pernah kena denda sebab tak hafal Sifir) cikgu aku masa darjah 3, Cikgu Yusuf Sudin Cikgu aku masa darjah 4, Cikgu Rosnani cikgu aku darjah 5 dan Cikgu ayub bin Mat Rashid Cikgu darjah 6 aku, itu cikgu aku masa sekolah rendah ,masa aku bergelar pelajar di smk Bukit gading cikgu yang sentiasa aku ingat ialah cikgu Tailawati  yang mengajar aku Bahasa Melayu, dan Sastera, juga pada Ustazah Adibah terima kasih atas didikan cikgu semua, jasa cikgu akan ku kenang sampa bila - bila SELAMAT HARI GURU CIKGU