Khamis, 28 Jun 2012

Assalamualaikum..
Hari ni tak de apa yang nak aku coretkan, cuma aku tetiba teringat pada dua orang kakak yang sentiasa mendengar segala masalah aku, TQ kak ita dan Kak Ain, kerana sentiasa beri semangat pada ira saat ira betul-betul dalam kedukaan, saat ira memerlukan seorang teman untuk mendengar segala isi hati ira, meminjamkan bahu kalian untuk ira menangis saat ira perlukan sokongan.. terima kasih yang tak terhingga buat akak berdua..terima kasih juga kerana akak berdua sentiasa menjaga rahsia ira hingga ke hari ini.. Memang dari luaran mereka semua melihat ira sentiasa gembira seolah-olah tiada apa yang nak difikirkan, tiada kedukaan dalam diri ini, tapi sebenarnya, dengan tawa dan senyum itulah ira hapuskan sikit demi sedikit kesedihan dan kedukaan dalam diri ira ini, Tq banyak-banyak pada kak ita dan kak ain...

Jumaat, 15 Jun 2012

Assalamualaikum..
lama betul aku dah jenguk-jenguk, tak update, tak sapu sawang2 kat blog aku, mesti terbesin2 kan ialah banyak habuk yang bertaburan heheheee... bukan ape , lately ni aku ni bz sikit, (tak pun buat2 bz kat blog aku yang satu lagi, sebenarnya aku baru je teringat password blog ni..(apalah kan Password pun leh lupa).. biasalah.. k lah nanti aku update lagi erk.. apa saja yang aku buat(leh caya ke)
K Lah sayang korang yang rajin jenguk blog ni 
Assalamualaikum.. JUmpa Lagi