Selasa, 27 September 2011

RIANG RIA PERHIMPUNAN PAGI DAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JABATAN PELAJARAN SELANGOR TAHUN 2011

 UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN
JABATAN PELAJARAN SELANGOR
 BERSAMA EN. NAJIB BIN MD KASNAN
PPK PERJAWATAN & PERKHIDMATAN
Majlis Perhimpunan pagi Jabatan PElajaran Selangor bagi Bulan September 2011 Dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri  Jabatan Pelajaran Selangor bagi Tahun 2011









Sektor Pedidikan Islam - JABATAN PELAJARAN SELANGOR











 Sebahagian daripada staf Unit Perjawatan dan Perkhidmatan.. asyikkkk nye menjamu selera






Sebahagian Staf Unit Perjawatan dan perkhidmatan yang cun2













TENGAH KUSYUK MENGAMINKAN DOA
























SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
JABATAN PELAJARAN SELANGOR
SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 











SESSI MENJAMU SELERA
JEMPUT2  SEKTOR K2P
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DAN SEKTOR JAMINAN KUALITI

SEKTOR MAKLUMAT DAN ICT






27.9.2011

hari ni sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (K2P) Jabatan Pelajaran Selangor menjadi tuan rumah Perhimpunan Bulanan Jabatan, merangkap menjadi urusetia bagi majlis rumah terbuka jabatan pelajaran selangor.. Bermacam2 acara yang berlangsung.. ada koir khas dari Unit Perjawatan dan Perkhidmatan.. (dapat banyak undangan tu....) meriah betul majlis hari ni  Hari ni ni rasanya tak makan mlm kot sbb dah kenyang rasanya ni.. ALHAMDULILLAH
Bila terlalu banyak ujian dlm hidupmu
itu bermakna Allah KIV dgn mu
Jika kamu disusahkan setiap waktu
itu bermakna ada RSVP disyurga utkmu
Jika kamu bersabar dgn ujian dan cobaan Ilahi
itu bermakna kamu adalah VIP disyurga nanti...
jika kamu tak sudi dan tak redha dgn semua itu
itu bermakna kamu adalah NOBODY dlm hidup ini....










Masa yg lalu jangan di intai lagi
tutupkan lah tabirnya kali ini
hiruplah udara yg menyegarkan hati
berjalanlah penuh riang menuju pelangi..
Usah kau menoleh ke belakangmu
tinggalkan semua yg ada disitu
langit masih membiru mengiringi mu
awan masih memayungi perjalananmu..
Usah di ingat luka lama
biarkan ia hilang bersama masa
obati rindu mu dgn harapan baru
marilah izinkan ku pimpin tanganmu....

Isnin, 26 September 2011

Pesan seorang kawan...

Kawan..
kalau kau ingin marah ..silakan
aku akan biarkan
memang aku banyak kesilapan
mungkin kata-kata ku menyakitkan
mungkin aku tidak sengajakan
atau aku buat cara gurauan..
Kawan.....
Janganlah ambil hati
jangan simpan dalam hati
jangan marah sepanjang hari
jika kau marah aku akan pergi....
Kawan....
kadangkala aku spontan
kadangkala aku fikirkan
kadangkala aku ikut perasaan
kadangkala aku tak sedar apa yg aku katakan....
Kawan....
minta maaf sekali lagi
aku bukan mengguris hati
aku tak berniat buat begini
aku harap kita masih berkawan lagi?

26.9.2011

Assalamualaikum..
Hari ni genap sudah 1 bulan aku menjalani kehidupan yang baru, alhamdulillah.. tuhan tu maha adil maha mengetahui ,aku redha dengan ketentuan yang diberi oleh mu. kerana aku tahu apa yang kau lakukan ada penyebab dan kau tahu bahawa aku mampu menempuh dan mengatasinya dengan penuh keimanan...
Ya allah.
Mulai hari ni aku tak mahu lagi mengingati apa yang pernah berlaku, aku harus menjalani kehidpuan dengan penuh ceria dan lupakan segala apa yang berlaku.. biarlah betul kata keluarga dan kawan2ku dia takkan pernah berubah.. dan aku takkan menangis lagi untuk seorang lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri, aku harus tunjukkan yang aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, aku bebas tanpa terikat dengan sesiapa..aku harus kuat.. KUat dan bangkit dari kesedihan.. lupakan dia iera.. lupakan ... dia takkan pernah berubah...

Selasa, 20 September 2011

Ya Allah..
Titipkan ketenangan buat aku yang sedang keresahan..
Ya Allah,kembalikan keceriaan buat aku yang kedukaan..
Ya Allah,gantikan tangisan aku dengan senyuman..
Ya Allah,jika ini ujian maka berikan aku kekuatan..
... ... Ketahuilah tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkan Allah.
Tiada yang lebih dekat kepadaku melainkan Allah.
Maka rintihlah segalanya dalam doa dan sujudku kepadaNya...aminnnn..

aku dan dia.....


Kenapa semua ini harus terjadi pada kita, sedangkan kita masih menyanyangi antara satu sama lain, kita sering mengutus rindu tanpa siapa yang tahu.. hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu.. Kita telah berusaha untuk tidak menidakkan yang kita saling memerlukan , tapi ... sebaliknya ... puas kita menjauhkan diri, membisu tapi kita terseksa dengan rindu yang makin menusuk di kalbu.. kita sakit kerana memendam apa yang ada di hati ini.. Tapi mereka menyuruh kita menidakkan , menyuruh kita membunuh perasaan itu.. kenapa.. di luar memang seperti tiada apa yang terjadi.. tapi di satu sudut hati .. kita hampir membunuh diri kita sendiri.. tapi mereka tak tahu .. apa yang mereka tahu perasaan mereka.. memang dulu hati kita jauh , jauh kerana ada yang menutup perasaan sebenar dihati kita.. cemburu dengan kebahagiaan yang kita ada..

Isnin, 5 September 2011




Assalamualaikum,
Hari ni aku betul2 sedih, betul2 sebak, kenapa eh..
Rindu...
Urmm entahlah..
Sayang..
Aku sendiri tak tahu
hari dah 10 hari aku menjalani kehidupan baru..
hari demi hari berlalu tanpa aku sedari..
Ya allah kuatkah aku dalam menempuh dugaan ini,
Ya allah kuatkan aku menyusuri liku2 kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini,
Ya allah tabah kah hambamu ini menjalani penghidupan yang serba baru ini ..
Ya allah, hambamu memohon tabahkan lah hati ini, kuatkan lah jiwa ini dalam meniti liku2 kehidupan ini

Ahad, 4 September 2011

 salam aidilfitri buat semua, lama rasanya tak mengunjungi blog ni, banyak dah habuk2 berterbangan, sawang2 yang bermaharaja lela, bukan ape sejak dua menjak ni , saya rasa mcm mlas nak update, walaupun banyak cerita untuk dikongsikan bersama, mcm2 cerita yang ada dalam kehidupn seorng insan yang bernama Ira ini..
Kisah sedih ada , kisah suka ada .. kiranya macam astro lah Macam2 ada
tapi satu peristiwa yang takkan aku lupakan ialah tanggal 25.8.2011 lagi 5 hari je nak raya...
tarikh tu adalah tarikh yang begitu menyayat hati aku..Ya Allah kau tabahkan lah hati hambamu ini, Ya allah, kuatkan lah jiwa hambamu ini, Bagaimana gugurnya kelopak mawar dari jambangan begitu juga air mataku, yang selama ini ku tahan , kusimpan, agar ianya tidak gugur, tapi pada tarikh itu ianya tanpa segan silu gugur jua akhirnya, walaupun di luarku kelihatan kuat , menempuh segalanya tapi didalam hati ini ianya hancur lebur,menangis tanpa siapa yang tahu..
Aku rasa aidilfitri kali ini langsng tiada memberi erti kepada ku, tarikh yang paling menyayat hati aku adalah pada 26.8.2011, ya allah buat pertama kali nya kami terpisah, hati ini menangis tanpa henti, walaupun berbagai diperkatakan namum dihati ini tersimpan satu perasaan yang amat dalam, sukar untuk aku perkatakan...