Kepada Semua.. Selamat menjamu mata dan minda, apa yang tercoret hanyalah kisah aku dan dia juga kisah rekaan semata-mata...
Jumaat, 28 Disember 2012
Rabu, 26 September 2012
Khamis, 13 September 2012
Sambutan Hari Raya Jabatan Pelajaran Selangor 7.9.2012
Rabu, 5 September 2012
cerita mawar
Assalamualaikum semua, sihat ke?macam mana banyak tak jemputan rumah terbuka, kenduri kahwin pun banyak, lagi satu mawar nak tanya , berat badan naik ke????? ada ke baju raya yang dah tak muat, tailor salah jahit or badan kita dah membesar, cecite ceciter sikit hehehehe..
mawar sebenarnya banyak juga dapat jemputan rumah trbuka, jemputan kawin pun banyak...
lately ni mak bapak pening kepala , ialah dh perabih masa raya, yang kaya la ni anak2, ada yang dapat duit raya RM500 tu colection, ishhh masa ni mak bapak duk ngendeng2 wet raya anak2....
anak2 buah mawar pun masing2 ada yang berangan nk beli ipad,ipod ada gak yang berangan nak belik galaxy tap.. perhhh kalah mummy ngan mama depa , mummy ngan mama depa just pakai nokia cekai je...
Raya kali ni mawar perhatikan anak2 kecil yang dalam umur 3 thun pun dah pegang ipad sendiri ,patutler anak2 buah mawar minta kat mak masing2 nak beli ipad, nak beli tap...sebb tgk rakan sebaya masing2 dok pegang tap n ipad masa beraya...
itulah kan anak2 zaman sekarang ni.. kecik2 dah ada ipad sendiri

Isnin, 13 Ogos 2012
Kad raya buat semua
Salam Aidilfitri buat semua yang sudi mengunjungi blog mawar yang tak seberapa ni..
Mawar mohon ampun dan maaf jika ada kata-kata mawar didalam blog ni menyinggung perasaan,
Semoga Aidilfitri kali ini memberikan beribu keindahan dan kebahagian buat kita semua amin
Mawar mohon ampun dan maaf jika ada kata-kata mawar didalam blog ni menyinggung perasaan,
Semoga Aidilfitri kali ini memberikan beribu keindahan dan kebahagian buat kita semua amin
Khamis, 9 Ogos 2012
Cerita hari ini 9.8.2012
Assalamulaikum, pe khabar erk semuanya, hari ni kan hari yang betul2 memenatkan nak tahu kenapa.... hari ni unit aku kena audit dalam, (biasalah kan ) kalau nak audit masa tu lah nak kemaskini hehehehe. tapi nasib baik aku nye fail everthing dah 99% dah update, coz dorang nak tgk fail penempatan yang aku buat, then for this year aku hanya ada 1 penempatan saja iaitu Pembantu tadbir (P/O) Gred N26, kebetulan penempatan tu 1.8.2012 so memang aku baru je lah update fail tu. then hari ni juga hari bonus untuk kakitangan awam ... Yess Bonus... dapat lah bonus 1/2 bulan gaji (boleh lah untuk raya) iye ke untuk raya rasa cam kete aku tu nak pakai duit je aku dengar..hukhukhukkkkkk,,,,tak pelah demi cik mira coklat ku yang tersayang ku berkorban apa saja,,,,
sayang cik mira coklat inilah cik mira coklat saya cun kan.,,,
cik mira pun nak raya gak erk... tak pe2 tahun ni cik mira tak de kasut baru tau, sebab tahun lepas mummy dah belik kasut baru untuk cik mira kan warna oren lagi (gambar ni cik mira saya masih pakai kasut lama dia)
so tahun depan kalau ada rezeki kita tukar kasut baru erk....
hari ni juga umat islam di malaysia sudah 20 hari menjalani ibadah puasa, ya allah cepatnye masa berlalu, lagi 10 hari je bulan ramadhan ini akan ditinggalkan kejap je kan, rasa rindu pula dengan ramadhan2 yang lalu, ialah masa kecik2 dulu aku ni kalau bab puasa memang aku tunggu sebb masa ni lah nenek akan masak macam2 teringat pajeri nenas nenek,rendang minang nenek dan yang paling best kan masa sahur menu nenek paling simple untuk aku iaitu ikan bilis goreng dengan cili padi dan bawang besar kemudian nenek bubuh kicap. yesss best sedap, sekarang dah tak de dah semua tu, kalau teringin dan teringat aku akan buat sendiri, kalau atuk pulak masa bulan puasa ni mesti ada air tebu yang atuk perah sendiri guna mesin tebu manual, yesss ingat lagi atuk buat mesin tebu tu kat pokok rambutan belakang rumah.... aarggggghhh miss sangat2 dengan memori tu , miss sangat2 dengan atuk,ada lagi ke orang buat air tebu guna mesin tradisional macam atuk buat, kenangan dengan atuk dengan nenek memang best pada aku, ialah aku kan cucu sulung atuk dan nenek dan aku je yang duk ngan nenek masa tu, ... atuk ... nenek along rindu ngan atuk ... dan nenek...
sekarang atuk dah tak de tahun ni genaplah 5 tahun aku tinggalkan aku dengan nenek, tinggalkan aku dengan kisah2 yang menarik dan penuh dengan kenangan , nenek pulak sekarang ni dah tak larat nak buat semuanya lagi, sekarang ni nenek makan pun bersuap, mandi pun pak itam dan mak itam yang mandikan......
Ya allah kau tempatkan lah atukku bersama orang2 yang beriman, dan berikanlah kesihatan yang baik buat nenek ku,
Alfatihah buat atukku >>>>> Imam Othman bin salam (atau lebih dikenali dengan imam suman di Kg Ku (Kg sg Serai Kuang)

Selasa, 31 Julai 2012
ZaaG LiFeStyLe: Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal
ZaaG LiFeStyLe: Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal: Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini adalah pentin...
ZaaG LiFeStyLe: Tips Ibu Hamil – Memastikan Bayi Dalam Kandungan S...
ZaaG LiFeStyLe: Tips Ibu Hamil – Memastikan Bayi Dalam Kandungan S...: Tips Ibu Hamil – Memastikan Bayi Dalam Kandungan Sihat | Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang perlu diberi perhatian oleh wanita yang men...
untuk ibu2 hamil
Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam
POSTED ON OCTOBER 16TH, 20111 COMMENT
Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil mendapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah memberi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah memberi pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Jika wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah menberi 12 tahun pahala ibadat
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
(Maksud Al-Hadith )
KIsah Aku dan Hubby
Assalamualaikum
Apa Khabar Semuanya, sihat ke? terima kasih sebab sudi jengah blog mawar, blog yang tak seberapa ni lah, blog ni sebenarnya hanya tempat untuk mawar mencoretkan segala kisah suka mawar bersamanya, hari ni umat islam dah sebelas (11) hari menjalani ibadah puasa ,alhamdulillah masih dapat menjalani ibadah ini dengan aman, dengan kesihatan yang sihat,sebenarnya di bulan yang mulia ini, aku dengan en. suami telah dikurniakan satu berita yang begitu kami nantikan selama 6 tahun.

Fasa Kehamilan
|
| BERSENAM SECARA WAJAR |
Bersenam perlu digalakkan semasa hamil, kalau ini memang merupakan amalan anda ketika sebelum hamil. Senaman akan dapat membantu anda menenangkan diri serta menghadapi kelahiran dengan lebih berkesan. Tetapi kalau anda tidak pernah bersenam selain melakukan kerja-karja rutin di rumah semasa sebelum hamil, anda tidak perlu menukar tabiat ini semasa hamil.
Apa yang penting ialah dia boleh melakukan apa-apa riadah yang biasa dilakukannya sehinggalah kandungannya yang semakinbesar itu menghalang pergerakkannya. Bagi orang Islam amalan sembahyang juga boleh memberi kesan positif kepada mental dan fizikal kepada wanita hamil dan anak dalam kandungan.
- Jangan bersenam atau beriadah sehingga anda berasa sangat letih atau kehabisan nafas.
- Elakkan sukan yang lasak yang boleh mengugat kandungan atau mencederakan abdomen anda.
- Berhati-hati pada minggu-minggu pertama kehamilan anda atau pada minggu akhir tempoh kehamilan kerana anda mungkin akan terlalu meregangkan ligmen anda.
Kaedah Gerak Kerja :
- Melakukan kerja di kedudukan yang rendah
Lakukan seberapa banyak kerja yang mungkin pada kedudukan lantai seperti melutut atau duduk bersimpuh dan bukannya membongkok.
- Mengangkat dan membawa barang
Apabila mengangkat sesuatu objek, bengkokkan lutut dan tegakkan belakang badan anda sedapat mungkin supaya objek tersebut dibawa dekat kepada badan anda. Jangan cuba mengangkat barang dari tempat yang tinggi kerana anda mungkin hilang keseimbangan.
- Berdiri selepas berbaring
Apabila anda hendak berdiri selepas berbaring, sentiasalah mengiring terlebih dahulu. Kemudian bergerak kedudukan melutut. Gunakan kekuatan peha anda untuk menolak badan anda naik : pastikan belakang anda tegak.
![]() |
Merehatkan Minda
Sambil merehatkan badan, cuba tenang dan kosongkan minda anda. Tarik nafas dengan perlahan dan seimbang, kemudian lepaskan nafas juga dengan perlahan-lahan. Jangan bernafas terlampau kuat.
Kepada orang Islam amalan berzikir dan membaca Al Quran cukup berkesan untuk menenangkan diri dalam kontek mendekatkan diri kepada Allah SWT.
|
Pemakanan seimbang untuk ibu hamil
Bermakna makanan yang kita makan atau sediakan mengandungi kesemua zat dengan jumlah yang di perlukan oleh badan.
Zat-zat dalam makanan terdiri daripada :
a. Protein
Berfungsi untuk membina, membaiki tisu-tisu badan dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.
b. Kabohidrat
Berfungsi untuk memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.
c. LemakBertugas untuk memanaskan badan dan juga menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan
seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.
d. Vitamin
Berfungsi untuk menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.
e. Garam GalianDi perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang,
dan makanan laut. |
Makanan untuk ibu hamil
|
panduan ibu hamil
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
AMALAN SUNAT SEMASA MENGANDUNG & SELEPAS BERSALIN
Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.
Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.
Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya : “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
(Surah Al-Anbiya‘: 87)
Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
Pada kebiasaannya selepas melahirkan anak, Islam telah menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak tersebut. Antaranya ialah memberikan ucapan tahniah dan merasa gembira di atas kelahiran anak tersebut, menyerukan azan dan iqamah, mentahniq, mencukur rambut, memberi nama, aqiqah dan sebagainya yang telahpun dikeluarkan dalam ruangan Irsyad Hukum terdahulu.
MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.
Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.
MENGURUS TEMBUNI
Mengikut Kamus Dewan tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan orang tempatan.
Bagi mereka yang melahirkan anak di rumah sakit, pada kebiasaannya, tembuni diserahkan kepada pihak keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh masyarakat kita. Pada kebiasaannya, tembuni tersebut terlebih dahulu dibersihkan. Selepas itu tembuni akan disimpan dalam bayung atau dibungkus dalam suatu bekas untuk ditanam. Ada sebahagian orang menggantungkannya di tiang atau pohon pokok dan didapati juga menyimpannya. Selain itu ada juga orang membuangkannya ke dalam tong sampah atau menghanyutkannya di sungai-sungai.
Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.
Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan. Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya. Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupaka anggota badan yang tidak haram dilihat. Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam.
Oleh yang demikian sewajarnya orang Islam mengetahui adab-adab Islam dan tidak mengabaikannya kerana Islam mengajarkan umatnya dari semua sudut kehidupan termasuk menjaga kebersihan diri dan anggota tubuh badan hinggalah kebersihan rumah dan halaman. Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya:
“Sesungguhnya (Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Bersihkanlah halaman (rumah) kamu”.
(Hadis riwayat Al-Tarmizi)
|
Jumaat, 13 Julai 2012
cerita hari ni-Potluck sempena menyambut ramadhan
Assalamualaikum,salam jumaat buat semua.Penghulu segala hari.
Hari ni kat opis ada buat potluck sempena nak meyambut ramadhan , juga atas permintaan salah seorang ibu mengandung kat opis ni, so oleh kerana tak nak lah menghampakan permintaan ibu mengandung tersebut, kami kat opis ni pun dengan rela hatinya membawa lauk pauk, kuih muih untuk dijadikan menu potluck hari ni,
macam-macam ada, nasi putih masak kat opis je,CC kitaorang yang bawa beras(cayalah CC hehehe), pastu anak-anak buah bawak lauk, Menu hari ni ada sambal kentang ngan tempe, masak lemak cili padi kulit lembu(korang pernah makan tak) hari ni ramai yang 1st time makan kulit lembu masak lemak,termasuklah aku, kalau sambal tahun tu aku pernah lah(itupun setelah aku kawn dengan suami aku, dia yang memeperkenalkan makanan tu kat aku, katanya orang jawa belah sabak bernam kalau buat sambal tahun selalunya letak kulit lembu)ayam masak asam pedas, kailan ikan masin, sambal cili api ikan talapia(itu menu aku ler aku kan supplier ikan talapia)cendawan masak syizzling,rendang daging, pajeri terung, paru goreng, telur dadar,sambal colek tempoyak,dll.. memang terbaik lah menu korang,, then makanan tu dari pagi sampai tengahari tu,lastly penutup ada pulak orang belanja aiskrim .. perhhh best n sedap......
Selamat meyambut Ramadhan dari mawar dan suami untuk semua.....

Selasa, 10 Julai 2012
Assalamualaikum..kenapa erk hari ni sebenarnya aku sebak sangat dan sedey sangat sebenarnya, tapi aku biasalah kan sembunyikan segalanya dengan sikap aku yang tak pernah aku nampakkan kesedihan tu sebenarnya... ahhh mawar-mawar, semuanya kau sembunyikan kenapa, bagi aku sebenanrnya. tak guna melayan kesediahan depan kengkawan atau sesiapapun, bukan simpati yang ku mahu, bukan belas dan kasihan yang ku inginkan, biarlah sedih dan perasaan ini aku sendiri saja yang mengerti.Bagi aku biarlah kesdihan itu aku sendiri saja yang hadapinya... tak payah nak libatkan orang lain yang tak ada kena menggena,air mata ni nak jatuh sebenarnya tapi aku tahan je.. lantaklah nak kata aku feeling ke apa ke? yang pasti depan korang semua aku senyum dan happy je.......
Sabarlah Mawar tuhan sentiasa bersama mu...
Khamis, 28 Jun 2012
Assalamualaikum..
Hari ni tak de apa yang nak aku coretkan, cuma aku tetiba teringat pada dua orang kakak yang sentiasa mendengar segala masalah aku, TQ kak ita dan Kak Ain, kerana sentiasa beri semangat pada ira saat ira betul-betul dalam kedukaan, saat ira memerlukan seorang teman untuk mendengar segala isi hati ira, meminjamkan bahu kalian untuk ira menangis saat ira perlukan sokongan.. terima kasih yang tak terhingga buat akak berdua..terima kasih juga kerana akak berdua sentiasa menjaga rahsia ira hingga ke hari ini.. Memang dari luaran mereka semua melihat ira sentiasa gembira seolah-olah tiada apa yang nak difikirkan, tiada kedukaan dalam diri ini, tapi sebenarnya, dengan tawa dan senyum itulah ira hapuskan sikit demi sedikit kesedihan dan kedukaan dalam diri ira ini, Tq banyak-banyak pada kak ita dan kak ain...

Jumaat, 15 Jun 2012
Assalamualaikum..
lama betul aku dah jenguk-jenguk, tak update, tak sapu sawang2 kat blog aku, mesti terbesin2 kan ialah banyak habuk yang bertaburan heheheee... bukan ape , lately ni aku ni bz sikit, (tak pun buat2 bz kat blog aku yang satu lagi, sebenarnya aku baru je teringat password blog ni..(apalah kan Password pun leh lupa).. biasalah.. k lah nanti aku update lagi erk.. apa saja yang aku buat(leh caya ke)
K Lah sayang korang yang rajin jenguk blog ni
Assalamualaikum.. JUmpa Lagi

Isnin, 16 April 2012
Isnin, 19 Mac 2012
Assalamualaikum
rasanya dah lama aku tak jengah blog ni, sejak akhir2 ni kesibukkan melanda diri, macam2 ada dalam diri ini, yang mana aku tak tahu nak share ngan sapa, lastly aku membusykan diri aku dengan keje2 aku... Ot setiap weeked walaupun sebenarnya tak payah pun nak ot tapi urmm entahlah mungkin dengan cara ni aku leh hilangkan stress aku ... macam2 ada dalam kepala otak ni,
Rindu...
sape kata aku tak rindu nak berblog, tapi sebenarnya ada satu benda yang terlalu aku rindu.. yang mana semuanya aku pendam sendiri...
nak share ngan sape erk? .. entah lah aku tak tahu perlu atau tidak aku share dengan mereka yang terdekat dengan aku,
bagi aku sekarang ni semua nya aku pendam sendiri, aku telan sorang2, kenapa ? sebab aku rasa aku tak nak dah susahkan sesapa biarlah semuanya aku yang lalui sendiri, tak sanggup dah tgk air mata ibu.., yang kecewa dengan apa yang berlaku,
Sebenarnya ada satu benda yang aku rahsiakan pada semua orang... pada semua keluarga...kenapa benda ni terjadi.... kembali....sebab kerana atas perintah
" ko jagalah dia balik, dan akhirnya......

Jumaat, 10 Februari 2012
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor
Assalamualaikum,
5.2.2012 aku telah dapat ikut serta majlis perarakan maulidur rasul peringkat negeri selangor yang bermula di Stadium Mini Shah Alam hingga ke Stadium Melawati Shah Alam..
Fuhh Jauh juga berjalan...
Kisah bermula di awal pukul 5.30 pagi... aku bangun pagi 5.30 pagi tu perhhh awal betul aku bangun di waktu2 cuti .. hehehehehe. kemudian after solat subuh aku bergerak ke Jabatan Pelajaran Selangor sebab nak berkumpul di Jabatan , dari jabatan kami naik bas yang disediakan so tak de lah bersesak-sesak dan bersusah payah nak cari tempat parking kan, dari jabatan kami bergerak ke Stadium mini Shah Alam kat seksyen 13, pada yang tak tahu Stadium Mini tu, ala dia betul2 sebelah stadium besar (stadium kerang istilah bagi stadium shah alam)... sampai kat sana , perhhh ramainye ...
Kami diberi sarapan pagi oleh penganjur .. menunya ialah Roti dan sebiji kuih karipap dan airmineral.. alhamdulillah dapat lah lapik perut..jam 7.30 pagi kot lebih kurang kami memulakan perarakan then masa tu macam2 kisah bermula.. almaklumlah kan perempuan so jalannye sopan santun hehehehehehe...bila dah sopan santun mestilah lambatkan almaklumlah ada yang pakai kasut 2inci (macam akulah) hahahahaa... kontrol ayu lah konon2 nya kikikikikiki... ada yang tertanggal kasut lah... macam2 lah lagi... apa yang dipratikkan masa latihan tak digunakan pun hehehehehehehe... dah lupa dah semuanya...
apa pun Kontijen Jabatan Pelajaran Selangor memang best hehehehehehee... inilah sebahagian coretan kisah sambutan maulidur rasul 2012

Rabu, 8 Februari 2012
Kisah Aku
Tahun ni Usia Perkahwinan ku mencecah ke angka 7, Ya Allah dalam 7 tahun usia perkahwinan ini kami masih menanti akan kehadiran seorang insan yang bergelar CAHAYA MATA, bilakah ianya akan hadir, bilakah ianya akan menyerikan dan memeriahkan rumahtangga kami ini, Hari demi hari detik demi detik aku menanti akan kehadirannya saban bulan aku menanti dengan debar dan pengharapan.. tapi... urmm Ya Allah hambamu ini redha dengan ketentuan mu, tetapi adakalanya hati naluri ku ini tersentuh dengan tangisan seorang bayi, ingin rasanya aku memiliki, hati ini kekadang tersentuh dengan apa yang berlaku pada mereka , yang dibuang merata, dicampak seolah-olah tiada makna dan umpama sampah yang dibuang ikut suka saja,
Kenapa ,,, ye... bukan aku yang memiliki insan kecil tu, Ya Allah, Kabulkan Doa Hambamu ini juga mereka yang senasib dengan ku
Semoga tahun 2012 ini memberi kan seribu keindahan dalam kehidupan kami suami isteri..
AMIN

Langgan:
Ulasan (Atom)