Khamis, 9 Ogos 2012

Cerita hari ini 9.8.2012

Assalamulaikum, pe khabar erk semuanya, hari ni kan hari yang betul2 memenatkan nak tahu kenapa.... hari ni unit aku kena audit dalam, (biasalah kan ) kalau nak audit masa tu lah nak kemaskini hehehehe. tapi nasib baik aku nye fail everthing dah 99% dah update, coz dorang nak tgk fail penempatan yang aku buat, then for this year aku hanya ada 1 penempatan saja iaitu Pembantu tadbir (P/O) Gred N26, kebetulan penempatan tu 1.8.2012 so memang aku baru je lah update fail tu. then hari ni juga hari bonus untuk kakitangan awam ... Yess Bonus... dapat lah bonus 1/2 bulan gaji (boleh lah untuk raya) iye ke untuk raya rasa cam kete aku tu nak pakai duit je aku dengar..hukhukhukkkkkk,,,,tak pelah demi cik mira coklat ku yang tersayang ku berkorban apa saja,,,,
sayang cik mira coklat  inilah cik mira coklat saya cun kan.,,,
cik mira pun nak raya gak erk... tak pe2 tahun ni cik mira tak de kasut baru tau, sebab tahun lepas mummy dah belik kasut baru untuk cik mira kan warna oren lagi (gambar ni cik mira saya masih pakai kasut lama dia)
so tahun depan kalau ada rezeki kita tukar kasut baru erk....
hari ni juga umat islam di malaysia sudah 20 hari menjalani ibadah puasa, ya allah cepatnye masa berlalu, lagi 10 hari je bulan ramadhan ini akan ditinggalkan kejap je kan, rasa rindu pula dengan ramadhan2 yang lalu, ialah masa kecik2 dulu aku ni kalau bab puasa memang aku tunggu sebb masa ni lah nenek akan masak macam2 teringat pajeri nenas nenek,rendang minang nenek dan yang paling best kan masa sahur menu nenek paling simple untuk aku iaitu ikan bilis goreng dengan cili padi dan bawang besar kemudian nenek bubuh kicap. yesss best sedap, sekarang dah tak de dah semua tu, kalau teringin dan teringat aku akan buat sendiri, kalau atuk pulak masa bulan puasa ni mesti ada air tebu yang atuk perah sendiri guna mesin tebu manual, yesss ingat lagi atuk buat mesin tebu tu kat pokok rambutan belakang rumah.... aarggggghhh miss sangat2 dengan memori tu , miss sangat2 dengan atuk,ada lagi ke orang buat air tebu guna mesin tradisional macam atuk buat, kenangan dengan atuk dengan nenek memang best pada aku, ialah aku kan cucu sulung atuk dan nenek dan aku je yang duk ngan nenek masa tu, ... atuk ... nenek along rindu ngan atuk ... dan nenek...
sekarang atuk dah tak de tahun ni genaplah 5 tahun aku tinggalkan aku dengan nenek, tinggalkan aku dengan kisah2 yang menarik dan penuh dengan kenangan , nenek pulak sekarang ni dah tak larat nak buat semuanya lagi, sekarang ni nenek makan pun bersuap, mandi pun pak itam dan mak itam yang mandikan......
Ya allah kau tempatkan lah atukku bersama orang2 yang beriman, dan berikanlah kesihatan yang baik buat nenek ku,

Alfatihah buat atukku >>>>> Imam Othman bin salam (atau lebih dikenali dengan imam suman di Kg Ku (Kg sg Serai Kuang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan