Jumaat, 27 September 2013

Cerita Hari ni 27.9.2013

Assalamualaikum
Salam Jumaat buat semua, ko mawar bercerita macam ada je orang nak baca blog ko ni kan.. padahal ko je yang baca sorang kot, tak kisah lah janji aku puas hati, tak gitu..
 Kalau semalam bersamaan dengan hari khamis 26.9.2013, aku  dan kengkawan opis pergi serang Burger King kat Seksyen 13, nah ko seramai 14 orang kita owg pergi... itu hanya 1/4 dari unit perjawatan dan perkhidmatan Jabatan Pelajaran Selangor K... korang tentu tertanya-tanya kan kenapa aku n kengkawan g serang Burger King semalam, Burger King buat promosi burger RM1.88 nah ko, kami2 ni kan pantang bebenor dengan offer2 makan ni cepat aje nak pergi... umat kat burger king tu jangan cakap lah ramainya, pastu burger RM1.88 ni tak boleh beli drive true ok kena beratur dekat kaunter baru boleh dapat Burger RM1.88. tu kisah semalam

Kisah hari ni pula, aku, ina, fiza dan yati pergi mannaz store .. kat situ banyak barang2 dari negara Timur Tengah, cam kekacang2 kismis, buah-buahan kering cth : buah tin, buah zaitun, buah appricot, kurma, then cuka buah-buahan memang macam-macam adalah,jus buah2 an macam2 ada,ada satu story fiza belilah air kotak ceri merah, aku masa tu sempat tanya, sedap ke fiza, dengan selamba badak je dia kata sedap kak.. aku tengok sampai ompek kotak dia beli aku pun apa lagi ambil lah juga tapi 2 kotak je (kotak kecil je). harga pun cuma RM 1.00 so aku dengan konfidennya mengambillah air kotak tersebut..
aku pun bawalah naik sekotak kat opis konon2nya nak minum kat opis so sampai2 opis je aku pun membuka air tersebut dengan selambanya aku pun minum lah .. sekali sedut hampir tersembur air tu aku rasa(tapi masih selamat) rasanya ..adoiiyaiii macam air tomato sos... korang tahu tak air tomato sos... tomato sos tu korang letak air...then korang minum haaaaa macam tulah rasanya......
aku membayangkan macam manalah si fiza ni nak bagi anak2  dia minum...ialah kan aku sendiri tak boleh minum inikan pulak anak2 dia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan